Semakin 'Comel'

Malam semalam set jam pukul 5 pagi, sebab aku suka sahur lewat2.

Alih2, pagi ni tak sodar pun jam bunyi menyebabkan aku tak bangun sahur. Bangun2, tengok jam, >gasp< dah pukul 6 pagi.

Biasanya aku bersahur ngan segelas Quaker oats berperisa coklat. Masa memula dulu, rajin la nak memanaskan kuali dan menghabiskan bawang, minyak masak, nasi dan sebagainya :p Sekarang ni, setelah balik dari klinik hari tu n tengok berat badan dah naik sekilo (sekilo!!!), ditambah lagi ngan perasaan setiap kali cuci muka, tapak tangan rasa penuh je (no more that hollow feeling in the palm of my hands), aku kata - that's it. Aku kena 'control makan' bulan ni.

Yalah, kalau berat bertambah, yang lain semua maintain lagi, tapi muka aku mesti bertambah chubby. Aku teringat masa bersiap2 nak gi kelas masa third year dulu, aku berdiri depan cermin kat ruang tamu rumah nak pakai tudung, lepas tu perasan betapa chubby nya aku. Masa tu aku terjerit, 'Alamak! Chubby nyer aku!'

From that day on, budak2 rumah aku pun gelar aku Chubby (hehe. Sori aa Didiz, sama plak cam gelaran ko kat awex ko tu. Tapi bukan aku nak, diaorang yang pandai2 kasi nama tu...). Terutamanya Haiza n Bib, tak abis2 terjerit 'Chubby!!' setiap kali nak panggil aku. Hampa-gas tul.

Kesimpulannya, aku kena kurangkan makan bulan posa nih. Kalau tak, nanti aku jalan sebelah orang tu, orang lain mesti cakap 'Eh, eh... 'sehat' nyer awex dia...'

... TIDAKK!!!

10 comments:

  1. isk..isk.. bukan ke kalo bulan pose berat makin ringan? mcm kamek tok nang konpem la makin ringan! ;p mun terjun bangunan, instead of jatuh menjunam, kamek mesti melayang kat tempat landing helikopter ke airport ke.. hehe..

    kamek rasa, mun kitak beli makanan untuk sungkei, beli sikit jak la (ya pun mun dapat!). kan mun dah pegi kat param ya.. gelap pemandangan ngan makanan suma-suma ya! sejam pilih pun lum abis agik ;p dah nak sungkei baru gago beli..

    well.. kalo dah 'sihat' sangat.. masalah negara tu! kena buat dasar ekonomi baru! tak pun RMK-18. anyway, semoga berjaya 'mengkontrol makan'.. and bersenam juak ;p

    ReplyDelete
  2. klu sungkei kmek biasa beli nasi kerabu, mun sik pun nasi ayam. kuih jarang la beli... sekali jak ada beli time kmek teringin mok makan kuih nok kmek padah ya. tu aje... lekak sungkei dah sik makan apa dah except minum jak. tapi sik tauk apahal makin chubby juak. huhu...!

    ReplyDelete
  3. klu sungkei kmek biasa beli nasi kerabu, mun sik pun nasi ayam. kuih jarang la beli... sekali jak ada beli time kmek teringin mok makan kuih nok kmek padah ya. tu aje... lekak sungkei dah sik makan apa dah except minum jak. tapi sik tauk apahal makin chubby juak. huhu...!

    ReplyDelete
  4. suka juak kitak makan nasik kerabu ooo..? meby sebab nasik kerabu ya kot! hehe..

    ReplyDelete
  5. ala... nasi kerabu ya apa jak la ada... setakat ikan goreng sekeping, nasi, budu, sambal, kerabu... tak mengandungi elemen2 menggemukkan langsung! :p

    ReplyDelete
  6. sapa madah sik da.. budu ya mengandungi agen penggemuk yang paling dasat! sebab nya diperam lamak-lamak. jadi sume jenis lemak ikan, manok, ulat-ulat dan pelbagai jenis hidupan yang sewaktu dengannya ya dah termasuk sekali dalam kuah budu ya. hehe

    ReplyDelete
  7. ceridak, ceridak, ceridak!!! sebenarnya dlm perut manusia pun ada ulat juak :p kitak tok, nama jak diam kat kampung, budu, cencaluk, dan sewaktu dengannya pun geli mok makan. isk. konpius eh!

    ReplyDelete
  8. hahhaha...makin cubby adik aku..patutnya cubbykan sekali dia tu..baru ok..hehhe...tak semua housemates kat cni bengong camtu..ada yg ok..yg paling bast akak dok umah sewa kat Skudai n kat Gombak la ni..depa semua ok..pengalaman dik!!!

    ReplyDelete
  9. dik nak minta tolong leh? kalau ada masa leh tak g kat Lasso design yg kwn awak punya tu didiz tu..beli cd tutorial photoshop kalau adala...pastu pos kat akak n akak bank in duitnya ke a/c awak k. tq

    ReplyDelete
  10. apa kata akak pegi blog dier kat www.didiz.lasso.com.my/blogger.htm . tak tau la klu dia ada cd tutorial photoshop ke tak. klu ada, wah, boleh la memborong sekali! ;)

    ReplyDelete