Tergendala lagi

Balik dari kerja semalam, gi kedai motor nak beli motor yang aku book ari tuh. Sampai kat kedai tu, tunjuk resit kat tauke tu, tiba-tiba...

'Aiyo, ini sudah jual lo... awak lambat mah...'
'Apasal dah jual? Kan saya dah tempah?'
'Awak lambat mah...'
'Awak tak cakap pun kena amik dalam tempoh ini2...'
'Tak apa2... saya kasi tunjuk motor lain. Tahun sama. Ada starter oo...'
'Berapa?'
'Dua enam saja (RM2.6k)...'

Hampeh. Dia ingat aku ni kerja kat kilang cetak duit ke? Aku suruh dia tunggu sekejap, n miss call member aku yang janji nak datang utk test drive motor tu untuk aku. Maklum la, aku ni 'buta motor'.

Member aku datang, tengok2 motor tu, pas tu test drive. Dia cakap2 kat tauke tu, something pasal body motor tu (ntah aku tak tau apa2...), then bargain la untuk aku.

'1999, RM2600... mahal la... patut boleh kasi murah lagi...'
'Ada starter oo...'
Lepas 10 minit, dia kata boleh kasi RM2.5k. Tapi tak de kasi helmet free. Waah!! Mana leh cam tu! Tak puas hati. Aku pun bargain lagi.

Last2...
'Tauke, besok kita datang lagi la. Nak dekat bukak puasa ni.' Member aku cakap.
'Ok, boleh2...'

Kat luar kedai motor...
'Apasal? Tak ok ke?' Aku tanya.
'Ala... ko bagi aku sehari. Aku tolong survey motor lagi murah la. Helmet tu, murah je. RM30 boleh dapat. Patut body tu dia tukar tak charge apa2 pun boleh. Aku gi tukar body motor awek aku tak sampai RM50 boleh dapat... bla2...'
Aku terdiam je, tak paham apa2. Ah, lantak aa... Kalau dia cakap macam tu, yalah kot.

Lepas kuar dari kedai tu, dia balik opis dia, aku pun balik rumah aku. Betul jugak apa dia cakap. Tunggu sehari lagi tak pe sebab yang aku nak beli ni bukan murah. Ribu2 woo... Bajet aku pun sebenarnya sampai RM2.5k je, termasuk la aksesori2 lain e.g. kunci tayar motor n helmet. Kalau motor je dah RM2.5k, alamatnya makan roti kering je la aku sampai gaji bulan depan masuk (waa!! lepas raya tuh!)

Ahem, ahem. Kepada orang tu, thanks kejutkan sahur pagi tadi! :) Sori la lepas sahur tertido balik, tak sempat balas mesej ;p

3 comments:

  1. fuh! dasat la member kitak ya.. sapa ya tek? byk experience dalam hal beli-beli motor tok. mun kamek, konpem blank juak!

    tapi pelik la kedei ya. ada kah patut nya jual kat orang lain! sik patut.. sik patut.. boleh kenak black list kedei ya!

    apa pun jangan tergopoh-gapah dalam membeli benda benda giya k.. takut orang kat kedei ya amik kesempatan atas kita nok sik tauk apa-apa pasal motor.. mun member kitak ya madah nya maok tulong carik, that ok la. sebab kamek pun kureng experience juak dalam beli motor kat kedei tok.

    btw, patut la diam jak lepas send 2 msg ;p dah kat alam lain rupanya!

    ReplyDelete
  2. Hehe. Yalah, ne sik power knowledge motor, awek nya penah eksiden motor teruk gak la. So, kenalah turun padang tolong awek repair motor ;p

    Hm... yalah. klu mok beli benda2 mahal tok, sik leh terburu2. kenak carik alternatif terbaik. mun sik, abis duit jak. menyesal giler nanti!

    Yalah, kmek ingatkan mok basuh baju pagi tek, tetiba dah di alam lain! seb bait bgn kul 6.30 pg ya, sempat la juak subuh... isk, isk... lain kali sik leh terus baring2, kenak amik wudhu awal2 n siap sedia subuh...

    ReplyDelete
  3. wooo..woooo..wooo..adik kita nak beli moto..waa taaa pecayaa..dah leh naik moto dgn situasi yg bergaya ke? kalah mek za nnt.hihihi padan muka dia..awatla tak beli keta sang kancil ke? sang wira ke? sang honda ke?... :p

    ReplyDelete