Tea lady tak datang hari nih. MC. Kena buat air sendiri. Tapi tak kisah la. Cuma arinih environment n temperature dlm bilik opis aku agak hangat. Di sebelah aku, PA bos besar aku tengah tersedu2 sbb balax dia tersalah hantar mesej orang lain kat dia. Masalahnya, mesej tu mesej yg berbaur romantik n jelas n nyata dia main kayu tiga. Kalau orang tu tersalah hantar mesej romantik kat aku, aku tak tau la reaksi aku nanti. Bertukar menjadi hulk kot.

Di sebelah lagi, manager procurement tgh menyumpah2 sbb proposal dia telah di'reject' oleh bos besar. Lepas tu dia blah, gi isap rokok kot. Kat kompeni aku nih kebykan manager memang suka isap rokok. Dulu masa aku join kompeni nih aku ingatkan secara kebetulan je habit tu ada. Tapi sebenarnya, kekadang aku pun rasa mcm nak... makan coklat.

Makan coklat nih salah satu cara aku menghilangkan tensen. Time aku study dulu, aku mesti beli stok coklat masa nak exam. Kalau sesapa bagi hadiah coklat kat aku, aku memang hepi. Balik dari cuti raya ari tu, diaorang HR distribute coklat hadiah dari kompeni kat semua staf. Aku gumbira sampai tersengih2 tak henti2. Dasat power kegembiraan tu.

Aku pun tak kurang tensennya ari nih. Sbb ari nih Selasa. Selasa means ada meeting Projek 1. Aku dah muak ngan projek nih. Aku nyer part dah abis (al-hamdulillah..) tapi aku kena pastikan semua orang buat tasks diaorang sbb aku koordinator projek. Aku yg bertanggungjawab menjawab soklan2 dari Datuk kalau tak de progres. Dulu masa jadi debater, ada gak benda2 nak digoreng asalkan pandai putar-belit fakta. Tapi kalau tak de benda nak digoreng, aku nak merapu2 pasal apa? Anyway, diaorang sumer cakap Datuk doesn't like bulls**t. Start merapu, siap la aku sorang yang kena tanggung natijahnya.

Pas tuh WIP list aku (work-in-progress) pun dah dari 1-page, jadi 3-page. Gila? Memang gila. Aku dekat nak pengsan. Kawan aku Anne selalu cakap kalau dia jadi aku, dia mesti hari2 mintak ubat migrain kat klinik. Mujurlah aku dah biasa. Huhu!
Today is crazy. Crazy day. Crazy, crazy day.
Aaah... akhirnya dah clearkan keje2 tertunggak n menunggakkan dirinya kat atas meja aku nih... buat masa sekarang la. Sat lagi aku nak kena contact deco company yg nak mai petang nih n juga pasal quote yg perlu diperjelaskan isi kandungannya tuh. Tapi sekarang nih, LET'S HAVE COFFEE BREAK WITH ME!

Weekend lepas memang sonoks2... :p Bila berjumpa ngan beloved, memang la suke! Suke aje. Hehe. Setelah puas merayau2 kat KL tu, dah tak de idea nak gi mana lagi. So kitaorang melepak kat Zoo Negara. Mana2 ajelah, asalkan boleh berjalan. Menapak dari hujung zoo ke hujung zoo. Dah bosan, naik plak train yang tak jalan atas trek, tapi atas jalan biasa je ;)

Malam plak, gi tengok The Incredibles. Citernya memang original, tapi jalan citernya agak hambar. It's about a superhero family, with superhero powers but they are supposed to lead boring & drab normal life. So when Daddy got offered a superhero job, he accepted gleefully but has to kept it secret from his family coz Mom doesn't want to break the rules (again). Turns out Dad is QC for a super-robot invented by a crushed no. 1 fan whose Dad offended in his younger days. Somehow Mom found out about Dad's secret but Mom thought Dad is having an affair. So Mom flew to err, the 'secret location', unaware that 2 of her kids followed her on the jet. Lepas tu, yang lain tu korang gi la tengok sendiri. Interesting in the way the cartoon tries to potray the normal side of a super hero.

Pagi nih masa aku tunggu document yg aku print, aku ternampak someone printed something:

A man and his small daughter were about to cross a river and had to walk on a small and frail bridge. The man was worried that he would fall off into the river. So he asked his daughter:

'Anna, please hold Daddy's hands.'
His daughter replied.

'Dad, don't ask me to hold your hand but let me hold your hand instead.'
The man was confused (I was confused too!) so he asked.

'Why don't you want to hold my hand Anna?'
His daughter replied again.

'Dad, if you asked me to hold your hand and if I should fall, I would let go of your hand. But if you hold my hand, no matter what happens to me, you would never let go.'

So ada beza antara kita mengharapkan seseorang tuh sayang kat kita n kita sayang kat orang tu tanpa mengharapkan apa2. Kalau kita harapkan dia utk sayang kita, n dia berhenti utk menyayangi kita, kita akan kecewa. Tapi kalau kita sayangkan dia tanpa harapkan dia sayang kat kita, kita selama2nya tak akan kecewa. Hehe. Betul ke pengajaran citer nih? Aku pun tak tau! Bagi aku, lagi best kalau sama2 suke. Muahahah!!

But to love, unconditionally, will keep alive hope. Eternally.
Terasa nak tido dalam kelas. Ngantuk... Malam semalam tido kul 2 pagi. Menurut Junaidix, tak cukup tido leh gemuk. Tapi aku peratikan makin banyak tido lagi gemuk. So antara gemuk ngan lagi gemuk, baik la aku gi gym lagi lepas balik dari KL nanti :p (hehe, ayat apakah ini?)

Sebab tak puas hati ngan Celcom aku pun tepon Celcom helpline. Lepas mendengar marketing message dier yg panjang berjela2 (n lepas dekat 10 kali call), barulah aku mendengar suara Celcom consultant tuh.

'Yes, may I help you?' 'Yeah. Message failed to be transmitted.'
'Your mobile number?'
'019-7....'
'Where are you staying right now, miss?' 'JB?' (duh...)
'Hold on, miss. There was a server problem in that area. We'll try to solve this problem in 24 hours.'
Hello? I've a relationship to save here, ok? Can you make it in another 5 minutes?

'What u can do, miss, try to switch off ur phone for 10 minutes. Then switch it on, and give another 1 minute. Then try to send a text-message to any number.'
'Ok.'

Aku pun buat apa yg dia suruh. Tapi bila aku switch on tepon n try send message lepas seminit tuh, message tak leh jugak antor. Geramnyer! Rasa nak baling dalam tong sampah! Aku pun tepon sekali lagi. Kali nih bukan setakat message tak leh hantar yg aku complain, aku lecture sekali pasal mesej sampai lewat, bla2... Ha, amik ko!

Kali nih, baru la boleh hantar mesej. Hampeh. Tunggu la aku ada duit sket, aku nak tukar mobile operator. Murah, tapi service teruk, buat aper?
Sebenarnya aku kene bz ari nih coz esok aku cuti. Kat dalam 'To Do List' aku ada 5 item + 1 item presentation proposal petang nih. Tu baru keje2 sampingan. Tak masuk projek lagi.

Jadi pendek cerita hari nih keje sekolah aku banyak giler. Tapi aku terasa malas nak buat coz malam semalam aku balik lewat utk menyiapkan presentation assignment aku. Petang semalam dah ler aku dilanda perasaan moody yang tak terbendung2 lagi. Huaaargh!! Aku tak puas hati. Bukan kat orang tu, tapi kat orang lain yg melepak kat blog dier. Awat? Cuti sekolah ke sekarang ni? Dia takde keje ke nak buat? Huhu... Serba-sedikit, prestasi akademik aku terjejas disebabkannya.

Then aku bengang kat Celcom. Nak hantar mesej tak buleh. Mesej orang kasi kat aku selalunya datang lambat. Paling pecah rekod, bos aku hantar mesej pasal meeting yg penting kelmarin, sehari kemudian baru sampai. Aku terpinga2 je la baca mesej tu. Not good for business la macam ni. Mesej sampai bukan realtime. Huh. Pagi nih try call helpline dier, tak de pun 'so-called consultant' on the line. Hampeh. Patut la sms 2 sen je.

Malam semalam. Aku baru je bersuka-ria nak balik awal lepas abis distribute stock greeting cards kat department2 bila group member call.

'Wey, meeting la.'
'Ni dah pukul 6.30 p.m. Balik la..'
'Esok present tau? Pukul 3 ptg? Balik apanyer? Mlm ni ada consultant nak datang.'
'Ek? Meeting malam? Tak penah2 dibuat orang..'
'8 malam tau?'
'Gileeee......'

So malam tu kitaorang kelas prep malam (buat OT). Seperti biasa, tu janji Melayu. Meeting started pukul 8.30 mlm. Abis kul 10 mlm. Aku dah ngantuk, bosan, aku rasa meeting tu dah off-track, letih, nak basuh baju, nak mesej kat orang tu, nak tido...

Abis je meeting, diaorang blah, Chairman cakap, 'Right, guys. Jom buat presentation.'
Ternganga aku kat situ jugak. 'Ey, I balik naik motor tau? Bukannyer Merz...' aku remind dia.
Tapi memandangkan masa dah suntuk, aku pun banyak keje sekolah esok ari, so aku terpaksa gak setuju ngan pakatan diaorang.

Akhirnya, kul 11.30 malam, dah finalized decision, n delegate part assgt masing2, n kitaorang pun balik. Aku tak kira ada speed trap ke tak de, aku pecut laju2. Hah! Sampai jugak kat rumah pukul 12 mlm.

Mandi, basuh baju, solat, tido... Pagi nih lepas Subuh, tido balik. Bangun lambat. Tak panaskan enjin, gi isi minyak, pecut lagi, n sampai opis pkl 9.05 pagi. Adoi la... lambat sampai sekolah. Cikgu plak depan parking lot. Hish, so pagi nih keje sekolah mesti disiapkan jugak.
Beberapa minggu yang lepas, aku gi blog Sifoo grafix aku (eh, baru teringat. Mana sebutharga utk bromite tuh??) n tergelak besar tengok betapa akademiknya sifoo aku sekarang nih.

Jadi aku nak paparkan kat sini terma2 akademik yang diaplikasikan dlm environment kerjanya:

1. buat keje sekolah = buat keje kat ofis
2. pergi jumpa cikgu = jumpa client / bos
3. group discussion = meeting
4. buat assignment = projek berproposal
5. waktu rehat, pegi kantin = lunch hour
6. ada final = keje on deadline
7. menulis abc = buat programming (nie programmer aku je)
8. mewarna lukisan = sedang mendesign
9. cikgu marah = client /bos tak puas hati
10.tolong cikgu = keje free tak berbayar /overtime
11.ngorat cikgu = tackle client / ampu bos, promote
12.cuti sekolah = aku cuti
13.ponteng kelas = lari dari client buat sementara..

Walaupun keje2 aku sekali-sekala je mewarna lukisan n tak penah lagi menulis abc, aku rasa kebanyakan term tu memang relevan. Jadi aku nak tambah beberapa kat sini:

14. buat matematik = banding harga
15. buat esei = proposal pendek
16. pendidikan seni = cut-n-paste keratan akhbar

Muahaha! Memang best, kreatif, inovatif la otak Sifoo aku nih...

Adaptasi dari: Sifoo
I usually don't like to keep tabs of my tasks coz eventually I will have to prioritize each items and find out that everything is needed URGENTLY.

But I'm a (fill in the blank) management graduate, I'm supposed to do things in an organized way.

So I tried doing that, you know, at school they taught us it's called time management. Among others, plan & organize, set goals, prioritize, use a to do list, consider biological prime time, & delegate. Here's the consequences:

Plan & organize. Theoretically: Organize in a way that makes sense to you. If you need color and pictures, use a lot on your calendar or planning book.
Practical: I'm a chaos by nature. I'm chaotic. Organizing doesn't make sense to me. My calendar and organizer serves no purpose except to check when's the next public hols.

Set goals. Theoretically: Set goals which are specific, measurable, realistic and achievable. Your optimum goals are those which cause you to 'stretch' but not 'break' as you strive for achievement.
Practical: I tried doing this. Honest. At the end of the day, I want to accomplish three tasks and not more. But setting goals and deadlines do not see eye to eye. Deadlines will prevail at the end of the day. Some would argue, why not set goals to achieve deadlines? I tell you why. Because apparently out of nowhere, an unknown and impromptu deadline will jump out of nowhere to kungfu-kick all my beautifully-set goals and makes me jump up and run around to fulfill my obligation as cheap labor. (Note: If I'm paid based on my efforts, my salary would equal that of a CEO).

Prioritize. Theoretically: Use the 80-20 Rule. Identify the valuable 20 percent task. Once identified, prioritize time to concentrate your work on those items with the greatest reward. Flagging items with a deadline is another idea for helping you to stick to your priorities.
Practical: All my tasks fight each other to be at the top of my list. How's that?

Use a to-do list. Theoretically: Use a daily To Do list which is constructed either the last thing the previous day or first thing in the morning.
Practical: About the only thing I do daily. And the most useful :)

Consider biological prime time. Theoretically: The time of day when you are at your best.
Practical: My biological prime time requires me to still snuggle under my comfortable n warm comforter and only go to work around 8 p.m. coz that's when I am truly awake.

Delegate. Theoretically: Distribute tasks equally among co-workers. This would avoid pressure and fatigue.
Practical: There's only ME & MY BOSS. My boss does the delegating, I'm being delegated.
Hari ni aku rasa tak sihat plak. Badan sengal2, kepala pun rasa berat. Semalam dapat housemate baru. Student praktikal dari UM. Tua setahun dari aku. So panggil 'akak' le.

Tapi keje kena teruskan jugak pasal tak de orang nak buat keje2 nih kalau aku tak buat.

Aku ada meeting kena organize esok, so everyone has to know about it today. Minit meeting yang lepas kena make sure circulate sekali lagi coz mesti diaorang dah delete sebelum cuti raya nih. Agenda meeting kena buat. Serabut.

Petang nih committee project 3 ajak survey lokasi, pukul 3 ptg. Aku check schedule - 3 ptg ada agensi graphic design buat appointment ngan aku. So aku decline invitation diaorang. FA (finished artwork) dah hantar thru e-mail, tapi tak ikut spec yang aku kasi. Letih aa... Kena call dia balik habaq yg spec tu kena ikut betul2. Mintak dia kasi revised FA before 3 pm so we can meet ngan printed FA ready. Aku dah bosan ngan revised FA nih, sama cam diaorang bosan nak revise FA tuh. Banyak sangat kepala nak ikut, aku jugak yg susah (kan Didiz kan...)

Sabtu lepas bos besar suruh revamp website. Tu tak bersentuh lagi. Sibuk ngan media deadline. Ada satu lagi agensi yang aku nak kena kejar for FA diaorang plak.

So wat sapa2 yang tau bidang aku nih, biarlah diaorang tau. Sesapa yg tak tau, cukup la tau yg aku selalunya agak bz. Sebab tu bersyukur sesangat dah ada motor sendiri. Tak de la tensen sangat pasal pengangkutan. Kalau kena balik lambat, ada la transport sendiri. Tak macam dulu, housemate kena amik kat opis :p

Begitulah hari2 aku di sini... Huhu... Bila nak fly gi KL lagi nih? Rindu la kat orang tu ;)
Lepaskan
Biarkan ia terbang
Hingga ke langit maya
Andai itu bahagianya.

Leraikan
Biar berguguran tiap kelopak
Kalau tiap ikatan itu
Melayukan bunga di tangan.

Wahai kasih
Simpankan
Rindu di hati
Kasih di jiwa
Biar tidak terungkap
Kiranya amarahmu lebih agung dari kasihmu
Dan kepercayaan terhakis terhadap ikhlasku

Aku pinta
Biar gugur bunga di jambangan
Patah sayap jentayu menongkah langit
Walau sepi dari kalbu
Merekah mengharapkan kasihmu
Agar damai jiwaku
Dan terhapus duka keranamu

Kasih...
Bukan begini ertinya
Cinta.
First of all, it's really irritating that work has commenced and here I am, blogging as usual.

Tapi tak pe. Raya memang seronok. Apatah lagi sebab last year aku tak balik, so tahun ni kepulangan aku memang dinanti-nantikan. Sepupu-sepapat yang dulu kecik2 lagi, sekarang dah semakin tinggi. Ada dua orang dah masuk ke sekolah asrama, dan kelihatan lebih matang. Sepupu yang dulunya masih baby yang merah, sekarang dah pandai berlari. Waah, nampak sangat aku dah lama tak balik.

Sempat jugak berpuasa di kampung sehari sebelum raya. Aku jadi blank sekejap sebab selama ni masak untuk paling ramai pun lima enam orang, tetiba kena masak untuk lebih dari 30 orang sedara-mara yang berkumpul kat kampung tu. Paling senang dan ekonomi, masak tom yam la... hehe.

Tapi sehari sebelum raya memang sibuk. Mak aku tak sampai lagi. Jadi aku yang kena take over masak2 nih. Aku, sepupu aku n kakak aku kena potong 5 kg daging dan ayam. Adik2 n sepupu2 yang kecik tolong kupas bawang n halia. Sepupu lelaki menghidupkan api kat tepi rumah untuk panggang ikan, dan sorang lagi kena gi beli kelapa parut untuk buat kari daging. Memang macam nak wat kenduri! Malam tu sibuk la nak masak2. Letih, tapi seronok.

Pagi raya, lepas mandi, kaum adam semua gi masjid semayang raya. Kaum hawa potong kelupis (erk, korang tau tak bendalah ni?) n kek lapis yang bermacam jenis. Biskut raya n kekacang diletak dalam balang n dihidangkan di ruang tamu. Bila kaum lelaki balik, kitaorang duduk di ruang tamu, bersalam-salaman. Lepas tu, amik gambar family. Huhu, besarnya keluarga aku! Sepupu aku kena amik tiga snap gambar nak cantum jadi satu gambar besar :p

Lepas sesi fotografi, barulah naik ke atas untuk menjamu selera. Lepas tu, turun n berkonvoi ramai2 ke rumah Nek Usu dan Nek Wa (panggilan Wa ni untuk nenek paling tua atau sulung, atau kat sini orang panggil Long). Tinggal la dua tiga orang je nak layan tetamu. Tengahari baru balik. Begitulah suasana beraya family aku :)

Tapi malangnya tetiap raya mesti ada masalah bekalan air. Jadi tugas2 mencuci pinggan n memasak ni jadi leceh. Aku paling fed up sekali la bila air takde. Tapi nak wat lagu mana? Sabaq je la...

Manakala for the rest of the day, aku just dok kat dapur, tolong masak, cuci pinggan n hidang makanan. Kalau ada sesapa nak jumpa baru turun n tunjuk muka sekejap. Memang ramai gak la makcik2 yang nak jumpa. Maklum la, dah lama tak balik. Soalan standard ialah - 'Dah abis belajar ke? Keja ke sekarang? Kat mana?' Tak miss jugak soalan cepu emas - 'Dah ada...?' Yang tu aku biarkan tergantung je. Segan la nak jawab >blush< .

Lastly, sebelum balik ke Johor, aku sempat singgah beraya di rumah orang tu. Aku yang seperti biasa over-imaginative membayangkan yang menakutkan je. Tapi sebenarnya mak ayah dia ok je :p Nasib baik dulu aku selalu gak gi interview sebelum landing kerja nih, jadi tak de la tergagap sangat nak jawab soalan2 yang bertubi-tubi tu. Muahahah!! Pas tu, sesi fotografi bermula n sesi me'napow' kuih2 raya sebelum aku balik semula ke airport. Punyalah orang tu tak nak aku naik berat badan tapi macam tak cukup bekas je dia tapow kan kuih2 tu!

Jadi sekarang ni, sesi menyambung kerja2 sebelum cuti nih. >Sigh<
As raya draws nearer, my memory of her serves me better.

In a strange way, I love her. In an unexplainable way, I am capable of loving someone without revealing the very emotion itself. I see respect as a way of showing love, I guess. And I've always respected her till today. She who had everything in her mortal life. My grandmother whom I loved and envied at the same time.

I called her like all Melanau grandchildren call their grandmother - Mak Yeng. When I was a mere child, I feared her. She could scold like anything, and being an easily intimidated child, I dreaded seeing her. She taught me to read Quran, and I learned hard and fervently so she would not scold me. She taught me to wash my own dishes. She scolded as she taught. And I learned well.

As I grew up and she grew frail, she became a more easy-going grandmother who likes to sit down with any of us and tell us of her younger days. It was entertaining to know how she met with grandfather (through arranged marriage), what was the fashion of the day, how did she go through Japanese occupancy, and all other stories she was fond of telling.

Then as time became troubled, and as I spent my teenage years trying to be strong and I then learned to keep my emotion to myself, she incessantly told me to be patient. That all will go well, and I should not concern myself with what is not to be concerned.

'Everything is fated. Let it be.' She explained.

But when she was suddenly taken away from me, I couldn't help but cry. Be it fate, be it anything, I have lost her.

2 years had passed. I still love her. I still pray that I will see her in my dreams. I missed her so. Miss the grandma who chatted about old nostalgia with me, who gave advices when everything around me is falling apart, miss every single thing about her. I love you. I love you, Mak Yeng. I do, I'm telling you now.
Rindu kat seseorang sekarang ni.

Rindu sesangat kat dia.

Adik kecil aku yang paling manja ngan aku.

Kalau aku balik nanti, dia manja lagi tak kat aku? Aku dah lama tak balik. Ingat lagi tak dia kat aku?
Semalam aku gi shopping raya. Bukan untuk aku sendiri, sebab aku tak perlu baju baru, kasut baru, tudung baru ke apa2 yang baru. Aku shopping utk adik-beradik aku. Memang beratus-ratus la abis. Adik2 kecik memang senang sket. Beli je baju yang comel-lote, memang diaorang suka. Maklum la, budak kecik memang suka bergaya (erk, aku tak plak macam tuh. Kecik2 dulu asal suruh pakai baju kurung je meragam... ari raya pakai t-shirt ngan short. Isk2...)

Untuk kakak aku, aku mesej dia. Dia cakap nak handbag. Aku pun belikan dia handbag yang aku rasa lawa. Harap2 dia pun rasa lawa gak, sebab beg tu mahal seh... Pas tu, adik aku yang kat sekolah asrama aku belikan dia beg B.U.M. utk dia bawak gi prep ke, gi outing ke. Adik yang sorang lagi, suka pakai baju lengan panjang so aku belikan baju t-shirt lengan panjang. Untuk mak, aku belikan baju paling mahal yang ala2 Indian style sket design dier. Mesti mak aku suka.

Time belikan baju utk adik2 lelaki aku, aku jadi clueless. Sebab aku tak reti beli pakaian lelaki nih. So aku call adik aku, tanya dia nak baju apa, n adik dia suka baju apa. Adik aku hepi sesangat, dia cakap nak baju t-shirt n adik sorang lagi tu pakai kemeja. Pas tu dia mintak aku belikan seluar. Erk! Ni satu lagi aku tak tau nak agak. Dia pakai saiz apa, adik dia pakai saiz apa. Yang aku tau, adik aku nih kuruih macam orang tu, tapi aku pun tak tau orang tu pakai seluar saiz apa. Amoi tu cakap saiz 29 tak de. Aku pun beli 30. Abis citer. Adik sorang lagi tu seorang footballer. Dia tu bukan setakat tinggi, gagah, macho, malah encem giler.

Memang burnt la duit aku ari tuh. Tapi aku puas sebab bukannya selalu dapat peluang belikan diaorang hadiah. Then lepas ari Sabtu lepas yang aku nyaris2 terlanggar belakang kereta yang berenti mengejut depan aku (seb baik emergency brake menjadi), aku rasa peluang2 tu perlu dimanfaatkan sepenuhnya takut tak de lagi masa2 lain...
Pegi keja naik motor ari nih. Mula2 tak plan pun tapi bila fikir2, esok dah nak kena travel ke KL so aku boleh tinggalkan motor tu kat rumah Jane. Balik dari KL lusa, aku boleh amik balik motor tu. So, aku pun ngan tawakaltu 'alallah, bawak motor gi keja.

Al-hamdulillah, selamat sampai ke opis tanpa kesulitan. Cuma time aku mencelah2 antara lori ngan bas kat satu traffic tu, side mirror terlanggar badan bas tu tapi tak de pape. Polis trafik tengok plet 'L' aku n tak cakap apa2 pun, walhal motor2 lain siap kena check. Tapi memang aku satu2 nya pompuan bawak motor lalu kat situ. Sepanjang aku gi keja naik bas aku memang observe tak de sorang pun pompuan gi sana naik motor AS driver. Pembonceng adalah. Tetiap hari gi keja naik bas aku akan observe laluan motor supaya aku boleh ingat lorong mana aku nak amik, etc.

Akhirnya... :)
Semalam entah camane, aku tak de plan apa2 pun melainkan nak balik rumah n berbuka ngan housemate2 aku. Tetiba seorang exec. masuk n tanya aku,

'Nak ikut berbuka puasa kat hotel tak?'
'Sapa lagi yang ikut?'
'Kamceng2 u semua ikut la - Jane ngan Anne.'
Wah! Dah cukup korum nih! Aku pun setuju.

Kitaorang berbuka kat Eden hotel. Jane, Anne ngan aku naik kereta Anne gi sana. Traffic jam ngan hujan lebat menyebabkan kitaorang sampai bila azan dah berkumandang. Sesampainya kat sana, aiseh... Banyak seh, makanan...

Kitaorang berbuka kat salah satu restoran dalam hotel tu. Buka puasa ala buffet. So diaorang ada banyak gerai n baaanyak pilihan. Gerai daging panggang, kuih-muih, air, ulam2, nasi, lauk-pauk, murtabak, ikan bakar, rojak. Err, macam2 la!

Aku memang awal2 plan tak nak makan banyak sangat sebab sebelum tu, ada sorang manager tu cakap, 'Eh, u bulan puasa ni makin berisi yek?' Isk. Sadisnya! Lepas puasa ni konpem pegi gim nak kurus balik. Tak leh jadi.

Part yang paling best sekali ialah - semua FOC. Exec tu ajak pun b-coz ada satu company yg invite berbuka puasa ngan diaorang :) Among them ada satu couple yang memang cute la depa berdua tu. Ingatkan setakat pakwe makwe. Tapi bila dah main pegang tangan tu, semua kaget. Sampai mamat tu explain, 'Kitaorang baru kawen.' Ooo... begitu citernya. Hehe. Tapi memang wife dia comel la. Putih, kulit halus, n bila dia senyum, semua (tak kira lelaki ke, perempuan ke) terpegun. Hubby dia memang bertuah la dapat wife macam tu.

Balik rumah, penat sesangat. Bukak2 pintu je, alamak! Housemate aku semua tengah makan tomyam. Nak tak nak (nak je, sebenarnya), aku pun join sekali. Tak pe2. Setakat minum sup je tu, tak makan ngan nasi pun! :p
2 hari sebelum hari nih memang meletihkan. Memula, hari Isnin tu ada majlis berbuka puasa yang company buat kat surau berdekatan. As usual, aku dilantik menjadi jurugambar. Justifikasi yang diberikan - a few shots yang aku amik pernah keluar paper. Hehe.

Makan malam tu memang besh... hidangan buka puasa ialah kuih-muih n air bandung. Ada karipap, kuih lapis, kuih seri ayu, err, macam2 ada! Seronok aa... Pas tu kitaorang gi semayang maghrib n sambung balik makan. Makan malam - nasi beriani, kari daging kambing, ayam masak merah, erm... satu lagi tu aku tak ingat. Tapi memang sedap la.

The aftermath tu yang agak meletihkan. Kena kemas2 tempat tu, hantar pinggan mangkuk ke tempat cuci pinggan mangkuk, kemas kerusi, angkut kerusi. huhu... Letih laa. Yang tak puas hati colleague lelaki semua dok lepak tengok je kitaorang buat kerja. Bukan nak tolong pun! Hampeh betul. Balik tu dalam pukul 12 mlm. Nasib baik ada akak tu yang tolong hantar balik.

Tuesday. I dread Tuesdays. Sebab nya hari nih ialah hari mesyuarat projek aku yang dah berjalan hampir 2 bulan tapi tak de progres apa2 pun. Semalam, bila datuk masuk opis, setelah semua manager datang mengadap, dia masuk bilik opis lama aku nak cari aku.

'Mana Carneyz?'
'Dah pindah bilik...'
So dia pun suruh sorang manager tu carik aku. Bila manager tu datang ke bilik aku, dia cakap
'Carneyz, datuk nak jumpa.'
Aku terus panik. Alamak, awat lagu tu?? Tergezut...
'Matilah...' aku mengeluh. Aku capai notepad, pen n then pegi mengadap datuk.

Mula2 dia tanya pasal asgt aku kat kl 2 minggu lepas. Then dia bersandar n tanya
'I nak you handle satu projek. Amacam?'
Aku telan air liur je. Isk, projek yang satu lagi pun tak complete lagi...
'Err, camane ngan projek satu lagi tu?' aku memberanikan diri tanya.
'Ha! Camane ngan projek tu? I don't see anything going on?' Dia tanya balik.
Aaah!! Mampus... Aku terpaksa menjawab pertanyaan tu ngan diplomasi. Kalau salah jawab, ada yang got their feather ruffled up nanti, lagi aku susah!

Then berbalik kepada projek tu, dia explain serba-sikit pasal projek tu, lepas tu dia bagitau aku kena turun kl. Ada 2 reactions to that - 1st. Iyeaa! Leh jumpa orang tu ;) 2nd. Alamak, nak balik nanti, ada lagi ke flight ticket? After all, dah nak dekat raya nih... Klu aku terkandas kat KL, uwaa!!! Haru woo...

Sebenarnya aku mintak jugak kamceng aku yg lain dimasukkan dlm projek ni. Tapi atas alasan2 tersendiri, datuk cakap cukup la aku sorang je involve dalam projek ni. Dia nampak dahi aku berkerut n dia explain,

'It's not because I am being unfair, n I like them more than you...'
Aik?? Terbalik nya konsep tu! Sebab everyone else thought he favors me over them. Sadis la...

Hate meeting. Hate meeting that started late. Hate it more when it ended late.
Hari Ahad, sekali lagi dipenuhi ngan aktiviti melepak di rumah sesorang diri. Housemate yang lain sama ada balik kampung, atau ahem, buat aktiviti riadah bersama ahem2... Akhirnya berkesempatan menyudahkan laundry yang berlambak2 dalam bakul, n mengemop lantai yang dah sebulan lebih tak dimop. Hasilnya, sungguh menakjubkan.

Petang tu hujan ngan lebatnya. Seronoknya tido! ;p Tapi tak leh tido lama2, makruh puasa... Dalam pukul 4 petang, sesudah Asar, aku dan roommate aku melepak sambil aku meng'iron' baju yang aku humban dalam bakul besar selama seminggu tak ter iron pun.

'Jom masak petang ni.' Roommate aku memberikan cadangan.
'Jom. Masak apa?'
'Ayam masak merah nak?'
'Isk. Hujan2 ni macam tak kena je lauk tu... Aku rasa kita masak nasi ayam nak? Ada sup, sedap woo, makan sup hujan2 ni...'
'Orait jugak cadangan tu. Jom, gi Jusco.'

So petang tu kitaorang berbuka ngan nasi ayam. Nasi ayam ni senang je nak masak. Mula2 ayam yang dah dipotong n dibasuh, direbus dengan air yang banyak cukup2 utk tanak nasi n buat sup nyer sekali. Lepas tu, basuh beras, toskan air. Dalam periuk nasi tu, cairkan mentega / marjerin dalam 3-4 sudu atau ikut suka. Lagi banyak mentega, lagi kuning nasi tu. Tumiskan halia, bawang tumis, stok ayam. Pas tu, masuk beras dalam periuk nasi tu, kacau2 sampai sebati, n masukkan air rebusan ayam tadi tu ikut sukatan macam tanak nasi biasa... Masukkan garam secukup rasa n biarkan nasi tu masak.

Ayam tu pulak, gaulkan ngan kicap n sos tiram, perap dalam 15 minit macam tu, lepas tu goreng seperti biasa. Tapi jangan lama sangat, nanti terlalu garing, tak sedap. Sup tu, masukkan sup bunjut, stok ayam n halia, renehkan, n taburkan daun sup n bawang goreng sebagai hiasan. Nak buat sambal nasi ayam, tumbuk cili hidup ngan bawang putih, masukkan cuka, garam n gula. Hiris tomato n timun halus2 dan ta-dah! Dah siap pun =) Tak sampai sejam nak sediakan nasi ayam ni. Lain la kalau buat nasi lemak, konpem lama!
Malam, sekali lagi berpeluh2 nak start enjin motor. Bila dah nak give up, baru dapat! Al-hamdulillah... Aku pun ngan hepinyer bawak motor gi Masjid al-Hidayah. Aku dapat rasakan, akulah pemandu yang paling berhemah di jalan raya malam tu. Asal nak tukar lane je, aku kasi signal. Muahahah!!! Nampak sangat baru dapat lesen. Lesen 'L' plak tu :p

Tapi, lepas abis terawih, tak boleh plak start kan motor. Uwaa!!! Seb baik jemaah ramai dah balik. Yang ada pun, setakat tegur, 'Minyak abis ke?' Hampeh. Nasib baik lepas tu dia nak start, kalau tak, aku menapak balik utk panggil roommate aku tolong start kan motor!

Begitulah pengalaman aku mengharungi hujung minggu...
Weekend ni memang seronok sebab tak belajar drive, so dapat la lepak2 kat rumah. Sabtu tu, aku bertekad jugak nak gi survey motor n terus beli sebab aku risau juga pegang duit banyak sangat. Bila roommate aku balik, aku terus ajak dia pergi kedai2 motor kat Taman U.

Akhirnya penantian selama dua bulan telah menjadi realiti....
Ta-dah! Aku tertawan ngan satu motor Kriss berwarna biru (warna favourite aku). Motor 2nd hand tu tahun 2003 (setahun je). Semua part dia masih original, tak de tukar2 nyer. Cuma tak de electric starter je. Harga cash - RM2800. Harga ansuran - RM3300. Downpayment RM1.5K. So bayar bulan2 (3 bulan) ialah RM600.

Aku amik masa setengah jam nak fikir, sementara roommate aku yang pakai motor Kriss jugak tolong test drive motor tu. Dia check lampu, hon, tayar, n seorang mamat yang tunggu member dia repair motor telah dengan baik hatinya tolong check bahagian dalaman motor tu n kedua2 nya cakap semua ok lagi. Sebelum aku proceed bayar, aku pun call member aku yang tolong survey motor utk aku.

'Wey. Ada tak jumpa motor yg best?' (aku)
'Aku tak abis survey lagi. Tapi ari tu aku jumpa...' (member buat laporan trafik)
'Jap. Duit aku nak abis. Aku jumpa motor Kriss warna biru, baru setahun, harga bla2... Ok tak?'
'Oo... Ko dah jumpa motor. Ok la tu.'

Dengan itu, rasmilah motor tu bertukar tangan kepada aku... Dah tukar lampu brek yang terbakar, minyak hitam, pasang lock yang macam serampang dua mata tu, tampal 'L' n pasang plet motor, aku pun bayar RM1.5k tuh, sign banyak2 paper termasuk insurans first party, and menjelang bukak puasa, bersedia untuk bawak motor tu balik.

Tetiba...
'Isk. Yana, apasal motor aku tak nak hidup?!'
'Tulah aku ragu2 je ko nak beli motor ni, nak start enjin pun tak larat. Bak sini, aku tolong start kan!' :p

Hehe. Thanks Yana, temankan aku beli motor idaman aku. Tak sabar nak bawak gi kerja. Tak payah tension tunggu bas yang tak datang2, n kena kacau kat bus stop! =)