Assignment yang melampau-lampau...

Sebenarnya aku kene bz ari nih coz esok aku cuti. Kat dalam 'To Do List' aku ada 5 item + 1 item presentation proposal petang nih. Tu baru keje2 sampingan. Tak masuk projek lagi.

Jadi pendek cerita hari nih keje sekolah aku banyak giler. Tapi aku terasa malas nak buat coz malam semalam aku balik lewat utk menyiapkan presentation assignment aku. Petang semalam dah ler aku dilanda perasaan moody yang tak terbendung2 lagi. Huaaargh!! Aku tak puas hati. Bukan kat orang tu, tapi kat orang lain yg melepak kat blog dier. Awat? Cuti sekolah ke sekarang ni? Dia takde keje ke nak buat? Huhu... Serba-sedikit, prestasi akademik aku terjejas disebabkannya.

Then aku bengang kat Celcom. Nak hantar mesej tak buleh. Mesej orang kasi kat aku selalunya datang lambat. Paling pecah rekod, bos aku hantar mesej pasal meeting yg penting kelmarin, sehari kemudian baru sampai. Aku terpinga2 je la baca mesej tu. Not good for business la macam ni. Mesej sampai bukan realtime. Huh. Pagi nih try call helpline dier, tak de pun 'so-called consultant' on the line. Hampeh. Patut la sms 2 sen je.

Malam semalam. Aku baru je bersuka-ria nak balik awal lepas abis distribute stock greeting cards kat department2 bila group member call.

'Wey, meeting la.'
'Ni dah pukul 6.30 p.m. Balik la..'
'Esok present tau? Pukul 3 ptg? Balik apanyer? Mlm ni ada consultant nak datang.'
'Ek? Meeting malam? Tak penah2 dibuat orang..'
'8 malam tau?'
'Gileeee......'

So malam tu kitaorang kelas prep malam (buat OT). Seperti biasa, tu janji Melayu. Meeting started pukul 8.30 mlm. Abis kul 10 mlm. Aku dah ngantuk, bosan, aku rasa meeting tu dah off-track, letih, nak basuh baju, nak mesej kat orang tu, nak tido...

Abis je meeting, diaorang blah, Chairman cakap, 'Right, guys. Jom buat presentation.'
Ternganga aku kat situ jugak. 'Ey, I balik naik motor tau? Bukannyer Merz...' aku remind dia.
Tapi memandangkan masa dah suntuk, aku pun banyak keje sekolah esok ari, so aku terpaksa gak setuju ngan pakatan diaorang.

Akhirnya, kul 11.30 malam, dah finalized decision, n delegate part assgt masing2, n kitaorang pun balik. Aku tak kira ada speed trap ke tak de, aku pecut laju2. Hah! Sampai jugak kat rumah pukul 12 mlm.

Mandi, basuh baju, solat, tido... Pagi nih lepas Subuh, tido balik. Bangun lambat. Tak panaskan enjin, gi isi minyak, pecut lagi, n sampai opis pkl 9.05 pagi. Adoi la... lambat sampai sekolah. Cikgu plak depan parking lot. Hish, so pagi nih keje sekolah mesti disiapkan jugak.

3 comments:

  1. ooo.. patut la lain macam jek semalam.. :s

    ReplyDelete
  2. huhu... ada masanya memang akan ribut taufan. sik tauk la... sori ek, kenak tempias marek. sik sengaja... :(

    ReplyDelete
  3. This is an outstanding blog here! I really enjoyed the topic you chose to write about. I'm definitely going to bookmark you! I have a home base business opportunity site. It pretty much covers home base business opportunity related stuff. Come and check it out if you get time :-)

    ReplyDelete