Balik kampung (I)

Semalam aku gi shopping raya. Bukan untuk aku sendiri, sebab aku tak perlu baju baru, kasut baru, tudung baru ke apa2 yang baru. Aku shopping utk adik-beradik aku. Memang beratus-ratus la abis. Adik2 kecik memang senang sket. Beli je baju yang comel-lote, memang diaorang suka. Maklum la, budak kecik memang suka bergaya (erk, aku tak plak macam tuh. Kecik2 dulu asal suruh pakai baju kurung je meragam... ari raya pakai t-shirt ngan short. Isk2...)

Untuk kakak aku, aku mesej dia. Dia cakap nak handbag. Aku pun belikan dia handbag yang aku rasa lawa. Harap2 dia pun rasa lawa gak, sebab beg tu mahal seh... Pas tu, adik aku yang kat sekolah asrama aku belikan dia beg B.U.M. utk dia bawak gi prep ke, gi outing ke. Adik yang sorang lagi, suka pakai baju lengan panjang so aku belikan baju t-shirt lengan panjang. Untuk mak, aku belikan baju paling mahal yang ala2 Indian style sket design dier. Mesti mak aku suka.

Time belikan baju utk adik2 lelaki aku, aku jadi clueless. Sebab aku tak reti beli pakaian lelaki nih. So aku call adik aku, tanya dia nak baju apa, n adik dia suka baju apa. Adik aku hepi sesangat, dia cakap nak baju t-shirt n adik sorang lagi tu pakai kemeja. Pas tu dia mintak aku belikan seluar. Erk! Ni satu lagi aku tak tau nak agak. Dia pakai saiz apa, adik dia pakai saiz apa. Yang aku tau, adik aku nih kuruih macam orang tu, tapi aku pun tak tau orang tu pakai seluar saiz apa. Amoi tu cakap saiz 29 tak de. Aku pun beli 30. Abis citer. Adik sorang lagi tu seorang footballer. Dia tu bukan setakat tinggi, gagah, macho, malah encem giler.

Memang burnt la duit aku ari tuh. Tapi aku puas sebab bukannya selalu dapat peluang belikan diaorang hadiah. Then lepas ari Sabtu lepas yang aku nyaris2 terlanggar belakang kereta yang berenti mengejut depan aku (seb baik emergency brake menjadi), aku rasa peluang2 tu perlu dimanfaatkan sepenuhnya takut tak de lagi masa2 lain...

3 comments:

  1. ehem.. ehem..

    bersungguh-sungguh membeli dan membelah! musti senget sebelah belon ya ngembak barang-barang nok kitak beli ya ;p

    uiks? emegency brake ker? isk..isk.. menggerunkan! :s

    ReplyDelete
  2. yalah terus malam ya kmek mintak maaf ngan ktak takut sik sempat... walaupun sik pass2 molah emergency brake kat litar, tapi berjaya molah emergency brake dlm keadaan betul2 kecemasan. Klu kmek panik n pulas minyak bukan tekan brek, alamat sik da la orang datang beraya rumah ktak kelak :p

    ReplyDelete
  3. wah...wah...sakan shopping nampak! best nyaa, bahang hari raya makin terasa ohh...bila ko balit btu? kim salam ngan liza n mak ko k.

    ReplyDelete