Beli motor akhirnya...

Weekend ni memang seronok sebab tak belajar drive, so dapat la lepak2 kat rumah. Sabtu tu, aku bertekad jugak nak gi survey motor n terus beli sebab aku risau juga pegang duit banyak sangat. Bila roommate aku balik, aku terus ajak dia pergi kedai2 motor kat Taman U.

Akhirnya penantian selama dua bulan telah menjadi realiti....
Ta-dah! Aku tertawan ngan satu motor Kriss berwarna biru (warna favourite aku). Motor 2nd hand tu tahun 2003 (setahun je). Semua part dia masih original, tak de tukar2 nyer. Cuma tak de electric starter je. Harga cash - RM2800. Harga ansuran - RM3300. Downpayment RM1.5K. So bayar bulan2 (3 bulan) ialah RM600.

Aku amik masa setengah jam nak fikir, sementara roommate aku yang pakai motor Kriss jugak tolong test drive motor tu. Dia check lampu, hon, tayar, n seorang mamat yang tunggu member dia repair motor telah dengan baik hatinya tolong check bahagian dalaman motor tu n kedua2 nya cakap semua ok lagi. Sebelum aku proceed bayar, aku pun call member aku yang tolong survey motor utk aku.

'Wey. Ada tak jumpa motor yg best?' (aku)
'Aku tak abis survey lagi. Tapi ari tu aku jumpa...' (member buat laporan trafik)
'Jap. Duit aku nak abis. Aku jumpa motor Kriss warna biru, baru setahun, harga bla2... Ok tak?'
'Oo... Ko dah jumpa motor. Ok la tu.'

Dengan itu, rasmilah motor tu bertukar tangan kepada aku... Dah tukar lampu brek yang terbakar, minyak hitam, pasang lock yang macam serampang dua mata tu, tampal 'L' n pasang plet motor, aku pun bayar RM1.5k tuh, sign banyak2 paper termasuk insurans first party, and menjelang bukak puasa, bersedia untuk bawak motor tu balik.

Tetiba...
'Isk. Yana, apasal motor aku tak nak hidup?!'
'Tulah aku ragu2 je ko nak beli motor ni, nak start enjin pun tak larat. Bak sini, aku tolong start kan!' :p

Hehe. Thanks Yana, temankan aku beli motor idaman aku. Tak sabar nak bawak gi kerja. Tak payah tension tunggu bas yang tak datang2, n kena kacau kat bus stop! =)

2 comments:

  1. ehem..ehem.. congrats sebab dah beli motor idamanmu itu ;p

    gine aritok pegi keja makei motor la ek? impresif! harga agak mahal, tapi mun enjin masih ok, means berbaloi la kot. jangan lupak baca doa naik kenderaan setiap kali maok makei motor ;) doa naik kenderaan ni baik untuk kesihatan penunggang. setiap kali baca doa naik kenderaan, keselamatan semasa menuggang motor insyallah terjamin. itu lah rahsia utama untuk tujuan keselamatan bila naik kenderaan..

    so lepas ni, tiada lagi tunggu bas. naik bas. atau nak pegi memane dengan naik bas ;)

    ReplyDelete
  2. Thanx! =)

    Buat masa tok sik akan embak gi keja sebab belum terer gik kat atas jalan. Mok start motor pun kenak mintak tolong! Hehe...

    Insya Allah, akan baca doa perjalanan. Di samping ya, housemate ajar buat solat hajat mintak keselamatan, then air ya tuang atas motor. Insya Allah, sik kan berlaku apa2 mudarat. Wallahu'alam... :)

    ReplyDelete