Buka puasa kat hotel

Semalam entah camane, aku tak de plan apa2 pun melainkan nak balik rumah n berbuka ngan housemate2 aku. Tetiba seorang exec. masuk n tanya aku,

'Nak ikut berbuka puasa kat hotel tak?'
'Sapa lagi yang ikut?'
'Kamceng2 u semua ikut la - Jane ngan Anne.'
Wah! Dah cukup korum nih! Aku pun setuju.

Kitaorang berbuka kat Eden hotel. Jane, Anne ngan aku naik kereta Anne gi sana. Traffic jam ngan hujan lebat menyebabkan kitaorang sampai bila azan dah berkumandang. Sesampainya kat sana, aiseh... Banyak seh, makanan...

Kitaorang berbuka kat salah satu restoran dalam hotel tu. Buka puasa ala buffet. So diaorang ada banyak gerai n baaanyak pilihan. Gerai daging panggang, kuih-muih, air, ulam2, nasi, lauk-pauk, murtabak, ikan bakar, rojak. Err, macam2 la!

Aku memang awal2 plan tak nak makan banyak sangat sebab sebelum tu, ada sorang manager tu cakap, 'Eh, u bulan puasa ni makin berisi yek?' Isk. Sadisnya! Lepas puasa ni konpem pegi gim nak kurus balik. Tak leh jadi.

Part yang paling best sekali ialah - semua FOC. Exec tu ajak pun b-coz ada satu company yg invite berbuka puasa ngan diaorang :) Among them ada satu couple yang memang cute la depa berdua tu. Ingatkan setakat pakwe makwe. Tapi bila dah main pegang tangan tu, semua kaget. Sampai mamat tu explain, 'Kitaorang baru kawen.' Ooo... begitu citernya. Hehe. Tapi memang wife dia comel la. Putih, kulit halus, n bila dia senyum, semua (tak kira lelaki ke, perempuan ke) terpegun. Hubby dia memang bertuah la dapat wife macam tu.

Balik rumah, penat sesangat. Bukak2 pintu je, alamak! Housemate aku semua tengah makan tomyam. Nak tak nak (nak je, sebenarnya), aku pun join sekali. Tak pe2. Setakat minum sup je tu, tak makan ngan nasi pun! :p

3 comments:

  1. alahai.. makin sihat la nampaknya kitak tok. ;p makan sume best-best!

    ReplyDelete
  2. ala... jgnla padah giya.. sob..sob... :(

    ReplyDelete
  3. hehe.. sik da lah.. jgn la marah!

    ReplyDelete