Hari Ini Aku & Keje...

Hari ni aku rasa tak sihat plak. Badan sengal2, kepala pun rasa berat. Semalam dapat housemate baru. Student praktikal dari UM. Tua setahun dari aku. So panggil 'akak' le.

Tapi keje kena teruskan jugak pasal tak de orang nak buat keje2 nih kalau aku tak buat.

Aku ada meeting kena organize esok, so everyone has to know about it today. Minit meeting yang lepas kena make sure circulate sekali lagi coz mesti diaorang dah delete sebelum cuti raya nih. Agenda meeting kena buat. Serabut.

Petang nih committee project 3 ajak survey lokasi, pukul 3 ptg. Aku check schedule - 3 ptg ada agensi graphic design buat appointment ngan aku. So aku decline invitation diaorang. FA (finished artwork) dah hantar thru e-mail, tapi tak ikut spec yang aku kasi. Letih aa... Kena call dia balik habaq yg spec tu kena ikut betul2. Mintak dia kasi revised FA before 3 pm so we can meet ngan printed FA ready. Aku dah bosan ngan revised FA nih, sama cam diaorang bosan nak revise FA tuh. Banyak sangat kepala nak ikut, aku jugak yg susah (kan Didiz kan...)

Sabtu lepas bos besar suruh revamp website. Tu tak bersentuh lagi. Sibuk ngan media deadline. Ada satu lagi agensi yang aku nak kena kejar for FA diaorang plak.

So wat sapa2 yang tau bidang aku nih, biarlah diaorang tau. Sesapa yg tak tau, cukup la tau yg aku selalunya agak bz. Sebab tu bersyukur sesangat dah ada motor sendiri. Tak de la tensen sangat pasal pengangkutan. Kalau kena balik lambat, ada la transport sendiri. Tak macam dulu, housemate kena amik kat opis :p

Begitulah hari2 aku di sini... Huhu... Bila nak fly gi KL lagi nih? Rindu la kat orang tu ;)

0 comments:

Post a Comment