I Should've Known

Tea lady tak datang hari nih. MC. Kena buat air sendiri. Tapi tak kisah la. Cuma arinih environment n temperature dlm bilik opis aku agak hangat. Di sebelah aku, PA bos besar aku tengah tersedu2 sbb balax dia tersalah hantar mesej orang lain kat dia. Masalahnya, mesej tu mesej yg berbaur romantik n jelas n nyata dia main kayu tiga. Kalau orang tu tersalah hantar mesej romantik kat aku, aku tak tau la reaksi aku nanti. Bertukar menjadi hulk kot.

Di sebelah lagi, manager procurement tgh menyumpah2 sbb proposal dia telah di'reject' oleh bos besar. Lepas tu dia blah, gi isap rokok kot. Kat kompeni aku nih kebykan manager memang suka isap rokok. Dulu masa aku join kompeni nih aku ingatkan secara kebetulan je habit tu ada. Tapi sebenarnya, kekadang aku pun rasa mcm nak... makan coklat.

Makan coklat nih salah satu cara aku menghilangkan tensen. Time aku study dulu, aku mesti beli stok coklat masa nak exam. Kalau sesapa bagi hadiah coklat kat aku, aku memang hepi. Balik dari cuti raya ari tu, diaorang HR distribute coklat hadiah dari kompeni kat semua staf. Aku gumbira sampai tersengih2 tak henti2. Dasat power kegembiraan tu.

Aku pun tak kurang tensennya ari nih. Sbb ari nih Selasa. Selasa means ada meeting Projek 1. Aku dah muak ngan projek nih. Aku nyer part dah abis (al-hamdulillah..) tapi aku kena pastikan semua orang buat tasks diaorang sbb aku koordinator projek. Aku yg bertanggungjawab menjawab soklan2 dari Datuk kalau tak de progres. Dulu masa jadi debater, ada gak benda2 nak digoreng asalkan pandai putar-belit fakta. Tapi kalau tak de benda nak digoreng, aku nak merapu2 pasal apa? Anyway, diaorang sumer cakap Datuk doesn't like bulls**t. Start merapu, siap la aku sorang yang kena tanggung natijahnya.

Pas tuh WIP list aku (work-in-progress) pun dah dari 1-page, jadi 3-page. Gila? Memang gila. Aku dekat nak pengsan. Kawan aku Anne selalu cakap kalau dia jadi aku, dia mesti hari2 mintak ubat migrain kat klinik. Mujurlah aku dah biasa. Huhu!

0 comments:

Post a Comment