Pengisian hujung minggu (2)

Hari Ahad, sekali lagi dipenuhi ngan aktiviti melepak di rumah sesorang diri. Housemate yang lain sama ada balik kampung, atau ahem, buat aktiviti riadah bersama ahem2... Akhirnya berkesempatan menyudahkan laundry yang berlambak2 dalam bakul, n mengemop lantai yang dah sebulan lebih tak dimop. Hasilnya, sungguh menakjubkan.

Petang tu hujan ngan lebatnya. Seronoknya tido! ;p Tapi tak leh tido lama2, makruh puasa... Dalam pukul 4 petang, sesudah Asar, aku dan roommate aku melepak sambil aku meng'iron' baju yang aku humban dalam bakul besar selama seminggu tak ter iron pun.

'Jom masak petang ni.' Roommate aku memberikan cadangan.
'Jom. Masak apa?'
'Ayam masak merah nak?'
'Isk. Hujan2 ni macam tak kena je lauk tu... Aku rasa kita masak nasi ayam nak? Ada sup, sedap woo, makan sup hujan2 ni...'
'Orait jugak cadangan tu. Jom, gi Jusco.'

So petang tu kitaorang berbuka ngan nasi ayam. Nasi ayam ni senang je nak masak. Mula2 ayam yang dah dipotong n dibasuh, direbus dengan air yang banyak cukup2 utk tanak nasi n buat sup nyer sekali. Lepas tu, basuh beras, toskan air. Dalam periuk nasi tu, cairkan mentega / marjerin dalam 3-4 sudu atau ikut suka. Lagi banyak mentega, lagi kuning nasi tu. Tumiskan halia, bawang tumis, stok ayam. Pas tu, masuk beras dalam periuk nasi tu, kacau2 sampai sebati, n masukkan air rebusan ayam tadi tu ikut sukatan macam tanak nasi biasa... Masukkan garam secukup rasa n biarkan nasi tu masak.

Ayam tu pulak, gaulkan ngan kicap n sos tiram, perap dalam 15 minit macam tu, lepas tu goreng seperti biasa. Tapi jangan lama sangat, nanti terlalu garing, tak sedap. Sup tu, masukkan sup bunjut, stok ayam n halia, renehkan, n taburkan daun sup n bawang goreng sebagai hiasan. Nak buat sambal nasi ayam, tumbuk cili hidup ngan bawang putih, masukkan cuka, garam n gula. Hiris tomato n timun halus2 dan ta-dah! Dah siap pun =) Tak sampai sejam nak sediakan nasi ayam ni. Lain la kalau buat nasi lemak, konpem lama!
Malam, sekali lagi berpeluh2 nak start enjin motor. Bila dah nak give up, baru dapat! Al-hamdulillah... Aku pun ngan hepinyer bawak motor gi Masjid al-Hidayah. Aku dapat rasakan, akulah pemandu yang paling berhemah di jalan raya malam tu. Asal nak tukar lane je, aku kasi signal. Muahahah!!! Nampak sangat baru dapat lesen. Lesen 'L' plak tu :p

Tapi, lepas abis terawih, tak boleh plak start kan motor. Uwaa!!! Seb baik jemaah ramai dah balik. Yang ada pun, setakat tegur, 'Minyak abis ke?' Hampeh. Nasib baik lepas tu dia nak start, kalau tak, aku menapak balik utk panggil roommate aku tolong start kan motor!

Begitulah pengalaman aku mengharungi hujung minggu...

5 comments:

  1. oo.. begitu ker caranya molah nasik ayam ek? oo.. lepas tok leh la bukak bisnes nasik ayam ;p terasa lapar lak baca citer nasik ayam tok eh.. sabar.. sabar.. lambat gik sungkei tok ;)

    wah..wah..wah..! dah makei motor baru tu! impresif! so lepas tok leh la kamek explorace ngan kitak ek? ;p hehe..

    ReplyDelete
  2. hehe. kenak tolong kamek start motor dolok! :p

    ReplyDelete
  3. isk..isk.. small the pieces jak start motor ya. ;)

    ReplyDelete
  4. apahal kmek rasa kedak big the pieces jak? siap berpeluh2 kedak baruk lari marathon :p

    ReplyDelete
  5. ala.. kitak lum biasa gik. mun kitak dah biasa, kitak duduk jak start motor ya ;p

    ReplyDelete