Raya Holiday

First of all, it's really irritating that work has commenced and here I am, blogging as usual.

Tapi tak pe. Raya memang seronok. Apatah lagi sebab last year aku tak balik, so tahun ni kepulangan aku memang dinanti-nantikan. Sepupu-sepapat yang dulu kecik2 lagi, sekarang dah semakin tinggi. Ada dua orang dah masuk ke sekolah asrama, dan kelihatan lebih matang. Sepupu yang dulunya masih baby yang merah, sekarang dah pandai berlari. Waah, nampak sangat aku dah lama tak balik.

Sempat jugak berpuasa di kampung sehari sebelum raya. Aku jadi blank sekejap sebab selama ni masak untuk paling ramai pun lima enam orang, tetiba kena masak untuk lebih dari 30 orang sedara-mara yang berkumpul kat kampung tu. Paling senang dan ekonomi, masak tom yam la... hehe.

Tapi sehari sebelum raya memang sibuk. Mak aku tak sampai lagi. Jadi aku yang kena take over masak2 nih. Aku, sepupu aku n kakak aku kena potong 5 kg daging dan ayam. Adik2 n sepupu2 yang kecik tolong kupas bawang n halia. Sepupu lelaki menghidupkan api kat tepi rumah untuk panggang ikan, dan sorang lagi kena gi beli kelapa parut untuk buat kari daging. Memang macam nak wat kenduri! Malam tu sibuk la nak masak2. Letih, tapi seronok.

Pagi raya, lepas mandi, kaum adam semua gi masjid semayang raya. Kaum hawa potong kelupis (erk, korang tau tak bendalah ni?) n kek lapis yang bermacam jenis. Biskut raya n kekacang diletak dalam balang n dihidangkan di ruang tamu. Bila kaum lelaki balik, kitaorang duduk di ruang tamu, bersalam-salaman. Lepas tu, amik gambar family. Huhu, besarnya keluarga aku! Sepupu aku kena amik tiga snap gambar nak cantum jadi satu gambar besar :p

Lepas sesi fotografi, barulah naik ke atas untuk menjamu selera. Lepas tu, turun n berkonvoi ramai2 ke rumah Nek Usu dan Nek Wa (panggilan Wa ni untuk nenek paling tua atau sulung, atau kat sini orang panggil Long). Tinggal la dua tiga orang je nak layan tetamu. Tengahari baru balik. Begitulah suasana beraya family aku :)

Tapi malangnya tetiap raya mesti ada masalah bekalan air. Jadi tugas2 mencuci pinggan n memasak ni jadi leceh. Aku paling fed up sekali la bila air takde. Tapi nak wat lagu mana? Sabaq je la...

Manakala for the rest of the day, aku just dok kat dapur, tolong masak, cuci pinggan n hidang makanan. Kalau ada sesapa nak jumpa baru turun n tunjuk muka sekejap. Memang ramai gak la makcik2 yang nak jumpa. Maklum la, dah lama tak balik. Soalan standard ialah - 'Dah abis belajar ke? Keja ke sekarang? Kat mana?' Tak miss jugak soalan cepu emas - 'Dah ada...?' Yang tu aku biarkan tergantung je. Segan la nak jawab >blush< .

Lastly, sebelum balik ke Johor, aku sempat singgah beraya di rumah orang tu. Aku yang seperti biasa over-imaginative membayangkan yang menakutkan je. Tapi sebenarnya mak ayah dia ok je :p Nasib baik dulu aku selalu gak gi interview sebelum landing kerja nih, jadi tak de la tergagap sangat nak jawab soalan2 yang bertubi-tubi tu. Muahahah!! Pas tu, sesi fotografi bermula n sesi me'napow' kuih2 raya sebelum aku balik semula ke airport. Punyalah orang tu tak nak aku naik berat badan tapi macam tak cukup bekas je dia tapow kan kuih2 tu!

Jadi sekarang ni, sesi menyambung kerja2 sebelum cuti nih. >Sigh<

4 comments:

  1. Waaahhhh... Carney memang seorang anak dara contoh :)

    I cannot imagine my family relying on ME to cook for the whole clan. I'd probably just call up pizza hut delivery..

    ReplyDelete
  2. Kalau ada pizza hut delivery at my kampung, I'd probably do the same ;)

    ReplyDelete
  3. amboi..seronok nye raye..dah berkenalan dgn family org tu lg...hehehe..ada perkembangan nampaknya..baguih2!!!

    ReplyDelete
  4. tu ler.. tak leh kalah ngan akak ;p hehe..

    ReplyDelete