Kelantan, Oh Kelantan...

Nampaknya ore Kelate ari nih gi shopping naik bot. Baca coretan Junaidix, sumbernya a.k.a. kawan baik dia kat sana siap main kocak2 air lagi sesambil ber'chatting'. Meriahnya dok kat Kelate nun... ;)

Sebenarnya aku dah lama teringin nak gi Kelantan sana. Silih berganti roommates aku mek2 Kelate n Terengganu sibuk mengajak aku gi Pantai Timur. Paling last sekali aku gi Kelantan ialah, err, dah lama dah :p Aku teringat peristiwa nih masa kat Kelantan arituh,

Masa tu kitaorang nak pi Pantai Cahaya Bulan (PCB). Kitaorang tahan bas yang nak gi sana. Aku la orang first yang bersemangat nak naik bas tuh. Pakcik drebar pun tanya,

'Nak gi mana?'
'Pantai... err...' (alamak! terlupa nama pantai tuh!)
'Pantai apa?'
'Pantai Cinta Berahi!' konpiden je aku jawab.
'Oo... Pantai Cahaya Bulan la dik...'
Member2 aku sibuk gelakkan aku kat anak tangga bas. Aku masuk bas dengan muka merah sambil penumpang2 lain tersenyum2 jeling kat aku.

Tapi yang best nyer makanan kat Kelantan memang murah2 n sedap2 belaka. Aku paling suka nasi kerabu. Mula2 tengok, aku gerun jugak tengok nasinya yang biru. Selamat utk dimakan ke nasi nih? kata aku dalam hati. Tapi bila dah cuba, wah3! sampai sekarang kalau nampak nasi kerabu aku tak leh miss. 'Kasi budu lebih sket yek?' Hehe...

Satu lagi pengalaman tak leh dilupakan, ialah makan eta. Eta tu sejenis kupang (ek? ye ke?) yang kecik, n susah nak dikopek. Aku menghabiskan setengah jam nak kopek 5 eta tu aje. Jadi, secara puratanya, aku mengabiskan 6 minit nak bukak satu eta tu. Orang lain dah semangkuk, aku baru je 5. Hampeh betul.

Shopping kat Kelantan pun best, especially gi tempat2 buat batik n gi Pasar Besar Siti Khadijah. Aku ingat lagi apa yang aku borong utk family aku kat rumah. Batik Kelantan, wau bulan, baju tidur kelawar utk mak aku, n jubah utk diri-sendiri =) Masa tu kan trend pakai jubah... Nampak sopan. Ntah kenapa lepas tuh aku dah tak pakai. Nak lasak susah... :p

Akhir sekali, persepsi aku kat orang Kelantan nih sebenarnya kelakar orangnya. Diaorang nih buat lawak memang best. Kawan aku Kasuadi (Wadi, kat manalah ko sekarang? Dengar kabar dah kawen? Betul ke?) adalah contoh member yang paling lawak pernah aku jumpa. Dia nih plak berkawan kamceng ngan member baik aku, Anip Poyo, Haiza, & Kak Iha.

Masa kat rumah seorang member yang buat makan2, kitaorang ditugaskan memanggang ayam. Kawan aku, si Haiza nih pakai tudung rumba2 ala2 Wardina. Dia mengipas2 muka dia ngan bucu tudung dia sebab kepanasan dek aktiviti memanggang tu. Si Wadi nih sibuk mengusik Haiza.

'Za, za... Ari raya nanti ko tak payah nak beli sumbu pelita, kan Za? Tu kat tudung ko tu byk sumbu pelita, Za...'
'Asbestos!!'

Kitaorang dah terbongkok2 gelak. Wadi, Wadi... Memang banyak la kenangan lucu ngan diorang nih...

Akhir sekali, aku nak pi Kelantan la berhari raya Aidiladha kat sana :) Tak sabar2 rasanya menjejakkan kaki semula kat negeri 'serambi Mekah' tu...

4 comments:

  1. ha..kan best p kelantan. tp rumah tak banjir la..tak leh main air yek

    ReplyDelete
  2. tak pe. gi PCB main air kat sana ;)

    ReplyDelete
  3. I honestly agree with every single one of your observations!

    Makanan memang sedap sesangat... murah sesangat.. Bila balik KL rasa cam rinduuuuu jer kat Kelantan FOod... Nasi Kerabu, Nasi Dagang, ayam percik... aduhhh sedapnyerr. Lauk2 diorang walaupun nampak simple, tapi the TASTE is fantastic.

    And the people there, are actually very nice. AND funny! Soft-spoken, tak kasar macam orang KL... lawak pulak, lawak selamberr... takder control2...

    Weiii laahhhh.... rasa cam nak gi Kelantan la pulakkkk

    ReplyDelete
  4. dun worry, u kelantanese-wannabe! u'll get the chance over and over again next time! :p

    ReplyDelete