Kung Fu Hustle

Sabtu lepas aku gi tengok citer nih bersama2 ngan orang tu. Memang kelakar :D Cerita ni mengisahkan dua orang mamat (Stephen Chow ngan watak 'Porky' dlm Shaolin Soccer) yg teringin nak join sekumpulan mafia yg bergelar Axe Gang. Diaorang nih berusaha membuat huru-hara di sebuah perkampungan miskin yg mana penyewanya ialah seorang makcik yg garang yg suka hisap rokok n buli suami. Tapi diaorang tak tau orang kampung tu memang hebat2 belaka dalam kung fu.

Adegan yg membuatkan aku ketawa terbahak2 ialah bila si gemuk tu nak baling pisau kat makcik tu, pisau tu terkena kat Stephen Chow. Lepas tu bila makcik tu nampak dia yg baling pisau, dia nak baling bakul pulak kat makcik tu. Tapi dalam bakul tu ada ular berbisa yg mematuk Stephen Chow sampai bibir dia bengkak n besar giler. Muahahah!! Kelakar seyy...

Tapi satu kekurangan citer nih ialah byk benda dia tak explain. Contohnya macamane Stephen Chow akhirnya pandai berkungfu. Pagi nih aku pun gi website dia. Website nih memang impresif. Saspek betul kat diaorang sbb kecanggihan teknologi yg diaorang gunakan utk buat filem nih setanding ngan filem Barat. Walaupun kebanyakan unsur2 dia dicedok dari filem Stephen Chow yg sebelum nih - Shaolin Soccer. Kalau nak rate, aku rasa Shaolin Soccer lagi menarik. Tapi secara overall, not bad... ;)

0 comments:

Post a Comment