Lulus Driving Test

'Humpty Dumpty sat on a wall... Humpty Dumpty had a great fall... Siott nyer lagu! Tak pasal2 keta nih jatuh bukit. Aku jugak yang fail... Tukaq, tukaq...'
Ha! Ha! Begitulah aku semasa tgh test driving semalam. Bagi mengurangkan rasa nabes yg menyakitkan jantung aku, aku pun menyanyi kecil dalam kereta masa tunggu giliran. Mula-mula masuk kereta tu, segala macam doa, surah lazim, istighfar, selawat dan zikir aku baca. Mintak2 keta aku tak terundur. Mintak2 enjin kereta tak mati. Segala macam harapan masa tu.
Al-hamdulillah, semua berjalan lancar. Getaran keta masa clutch dah imbang pun aku rasakan sebab aku fokus ngan bersungguh2. Malam sebelum tu, aku sibuk bertanyakan orang tu macamana kalau aku tak rasa clutch tu, macamana kalau enjin mati, camane, camane... Kitaorang hampir2 gaduh plak berapa kali stereng keta Kancil berpusing sebelum betul2 dah abis pusing (3x kali la, cik abang...) sebelum akhirnya borak pasal bendalah lain. Lantak la berapa kali, asal dia berpusing. Abis citer.
Masa nak buat test jalan raya, dalam fikiran aku ligat berputar arahan nih - 'betulkan seat. betulkan mirror. pasang tali keledar. free gear. start enjin. check lampu signal, besar/kecik, hazard, wiper, hon. tekan clutch abis, masuk gear reverse, balance clutch, sedia minyak, tengok rearview, tak de keta, tekan minyak, reverse, pusing stereng ke kiri abis, tegak, clutch n brake, gear 1, stereng kanan 2x, signal kanan, check rearview, side kanan, toleh kanan, jalan...'
Seriously. It kept on repeating in my head like a recording tape. I guess that is how women can balance so many things at once because there's a recording tape that keeps on playing in her mind reminding her all that she has to do,
'make breakfast. sweep floor. mop. laundry. kiss hubby off to work. bathe kid. feed kid. send to school. hang clothes. tidy up the house. grocery. prepare lunch. fetch kid from school. feed kid. send kid to tuition. fold clothes. iron clothes. prepare tea. wait hubby. gardening. prepare dinner. help kid with homework. send kid to bed. sleep.'
Apapun, sekarang aku dah berjaya memiliki lesen keta ;) Semoga perkara yang sama berulang plak untuk test motor lepas nih. Hiyak! Hiyak! Berusaha tangga kejayaan!

2 comments:

  1. Congratulations! YOu will now join the "fantastic world of KL drivers" hehehehhe!

    ReplyDelete
  2. KL is still, a frightening territory. Probably in another few years ;)

    ReplyDelete