Ngantuk. Semalam aku kurang nyenyak tido. Bila subuh, aku dah celik mata. Lepas subuh, tak boleh tido. Cuma berteleku di tikar sejadah, tanpa perasaan apa2. Sebab terlalu awal, aku baring semula kat tempat tido, berselimut n terkebil2 melihat siling sampai siang.

Hari ni pun aku dah jadi cam Chairman. Diam je dengar lawak jenaka member2 yang lain. Tak de perasaan nak join diaorang gelak-gelak. Sebenarnya teringin nak berjalan2 kat luar, tapi takut diaorang tertanya2 apsal aku tak berminat nak borak2.

Perasaan aku macam mati. Letih memikirkan terlalu banyak perkara sejak kebelakangan ni mungkin. Letih ngan karenah bebudak rumah, tempat keje, n segala yang berlaku dalam hidup sekarang.

Mungkin kene pegi beri ikan makan lagi petang ni.

0 comments:

Post a Comment