Semalam aku gi lepak kat tasik utm lagi.

Ada satu ketenangan bila lepak di tasik tu. Walaupun petang tu ramai orang yang bersantai di sana dan kebanyakannya terdiri dari 'couple' yang tenggelam dalam dunia masing-masing, tapi aku tetap rasa tenteram.

Aku rasa terhibur tengok ikan2 datang menyambar makanan yang ditabur ke dalam tasik. Hai, ikan2 ni tak pening2 kepala nak fikir pasal bermacam2 masalah. Diaorang tau, pukul 4-6 petang, masa utk makan. Seronoknya jadi ikan.

Dulu masa jadi RA, aku selalu gak lepak di tasik sambil beri ikan makan. Masa tu cuti semester n tak de sapa2 yang buat bising di sekeliling. Aku akan bertenggek di tepi jambatan, menikmati angin sepoi2 bahasa. Memang waktu tu aku pening pasal masalah kewangan (bilalah nak dapat keje best ni?) tapi aku ada masa utk merehatkan diri-sendiri. Kekadang kawan baik aku lepak sesama tapi selalunya aku lepak seorang diri.

Sekarang ni semua tu dah tak sempat aku buat. Aku balik keje malam2. Aku balik n tido. Esoknya aku bangun n gi keje. Dan begitulah rutin seharian. Suatu hari nanti, aku dijemput pulang ke rahmatullah n rutin aku pun abis. Tak de yang menarik. Tak de yang bermakna.

Kekadang aku teringin nak buat sesuatu yang akan memberi kepuasan kat aku. Misalnya jadi sukarelawan di negara2 Islam yang miskin. Atau mengembara ke seluruh dunia. Aku nak mencari hikmah di sebalik kehidupan, bukannya sekadar menjalani kehidupan. Tapi realitinya, aku tak mampu.

Aku ada mak bapak yang aku perlu jaga sama macam diaorang jaga aku selama ni. Aku ada orang tu. Akhir sekali, aku seorang perempuan yang sentiasa terdedah ngan bahaya dan fitnah dunia.

Aku terpaksa redha n hidup seperti orang biasa.

0 comments:

Post a Comment