Basuh keta

Dalam kekalutan keje n masalah budak2 rumah, aku terlupa plak nak citer pasal event basuh keta yg dianjurkan oleh "Guru Besar" di opis aku. Demi membantu orang lain, dia telah mengerahkan dan memaksa pekerja2 kat opis nih mencuci keta, like it or not.

So buat sesapa yg tinggal di JB, silalah beramai2 memeriahkan tempat letak keta berbumbung di lpgn terbang dari pukul 8.30 a.m. - 4.00 p.m. besok (Sabtu). Aku mungkin datang bersama2 ngan kamera baru dept aku utk mengambil gambar evidence of human rights abuse pada hari tsbt.

Aku bukan nak memperlekehkan niat murni dia, tapi cara dia nak implement idea brilliant ni dah step on people's toes, and quite a number has complained about this. Selain daripada me'reject' tagline yg kitaorang dah terguling2 nak fikirkan, dia cuma bagi arahan.

'Water jet. Nak dua. Man, sediakan.'
'Promotion. CC dept please prepare news release...'
'Banner. Nak dua jugak. Tagline tu tak best. Tukar. Btw, banner nak besok.' (banner ni dah, mengikut mdm. K, 2 kali kene fax. Lepas tu, kontraktor tu fed up n datang sendiri utk m'konpemkan balik tagline yg akan digunapakai. Aku dah m'design, dan menukar design, dan menukar lagi, akhirnya fed up dan burn je dlm cd, kasi kat kontraktor tu)
'Flyers kene distribute besok.' (nasib baik la Cik Anne kita seorang pekerja yg inovatif, kreatif, dan berinisiatif dah pun meringankan beban aku dengan m'design' flyers nih dan beliau betul2 berbangga dengan hasil kerja nya ni...)

His part?

'I akan kerahkan my staff utk cuci keta besok. You all pun kene cuci keta jugak.'

Sapa tak tensen?? There goes my pahala down the drain...

Kalau nak tau lebih lanjut pasal event nih, bacalah UTUSAN MALAYSIA hari ni kat halaman selatan tanah air. OK la. Aku kene jumpa supplier, pas tu aku kene attend meeting booth design, lepas tu aku nak tidur. Malam semalam dah terbersin2. Mungkin sebab aku alergik kat 'Guru Besar' kot (masa meeting ari tu aku sempat lagi gaduh ngan dia depan boss aku. Aku memang kaki gaduh kot. Gaduh bukan ngan sebarang orang, gaduh ngan manager plak tu).

Begitulah minggu nih berlalu ngan begitu bnyk peristiwa hampeh.

0 comments:

Post a Comment