Bingung. Tu je yg aku rasa.

Dah dua hari aku bz giler dengan segala macam meeting, ngan nak melayan karenah manusia yg banyak songeh kat tempat ni. Kerja yg simple dah jadi susah. Membazir masa dan tenaga betul... Tapi nak buat camane. Sabaq je la...

Balik dari gym pukul 11 malam. Letih sesangat. Mandi, solat n tunggu orang tu call. Baru je borak2 10 minit, housemate aku dah call, cakap ada meeting. Orang tu dah merungut2 tapi sebab diaorang dah kedengaran urgent, aku pun terpaksa menamatkan sesi borak2 tu.

Bila semua dah berkumpul, salah seorang daripada diaorang pun cakap,

'Sebenarnya, kitaorang nak bagitau. Hujung bulan ni, Kak Za, Kak Zai, Rona ngan D-ja nak pindah ke Johor Jaya.'

Empat orang nak pindah sekaligus?? Aku terdiam. Aku tengok muka Yana, dia pun terkejut. Ad & Nisha pun berkerut muka.

'Kenapa baru nak cakap? Dulu sendiri yang cakap kalau nak pindah bagi sebulan notis.' Aku sendiri pun tak puas hati. Diaorang terdiam.

'Dah jumpa rumah.'

Entahlah. Lantak diaorang la. Cuma aku tak puas hati sebab diaorang nak mintak balik deposit rumah sedangkan tak bagi sebulan notis, sedangkan dulu beriya2 tetapkan syarat tu. Langsung tak fikir camane ngan housemates yg lain (Kak T-ni, itulah citernya diaorang nih...)

Akhirnya aku jugak yang tak tidur lena malam tu. Kalau aku pindah ke Senai, aku kesiankan housemates yg tinggal. Maknanya, aku pun dah jadi macam diaorang jugak. Kalau aku stay, sewa rumah memang akan naik melambung2. Sedangkan aku baru nak start saving utk sambung master dan tujuan lain. Nak hantar duit ke kampung lagi. Berikat perut la nampaknya nanti.

At least gaji aku dah empat angka. Tapi housemate aku yang dua orang lagi tu, gaji baru tiga angka. Mati kering la diaorang nak membayar sewa rumah nanti. Tupun sorang lagi tak konpem nak pindah kerja ke tak. Kalau dah jadi macam tu, nak tak nak, aku kena pindah jugak ke Senai. Entahlah. Kena ada contingency plan macam nih -- A. Dok je kat Senai. Rumah kecik, sempit n lama pun kenelah tahan sket, asal duit tak suffer and tak sakit hati ngan orang lain. B. Stay n bayar sewa mahal, tapi condition rumah ok. Cuma jauh sket dari tempat keje. C. Sambung master, pas tuh apply duduk kat kolej (boleh ke?) D. Kawen jelah, biar orang tu yang bayar sewa rumah :p Muahahaha!!

Sempat lagi buat lawak bodoh. Hmm..

0 comments:

Post a Comment