Christmas Tree, where are you?

Pagi nih aku datang cun2 kul 9 pagi. Walah! Pagi tadi tayar pancit plak. Aku terkial2 mengisi angin kat Petronas. Nasib baik ada 2 orang mamat Kelate (berdasarkan loghat diaorang) yg baik hati menawarkan bantuan. Kalau dah orang offer nak tolong, kasi jelah. Dah selesai, aku ucapkan tima kaseh n blah. Best aa, jadi pompuan nih ;p

Pas tuh aku pun memecut ke opis (dah lambat mah! 15 minit ke pukul 9 pagi...) Teringat la perbualan aku ngan orang tu masa lepak2 kat KL:

Orang tu: Baik2 bawak motor dah sampai nanti.
Aku: Ok. Tak bawak laju. 100 je.
Orang tu (tersedak) : Erk?
Aku: Hehe. Ok, ok. Malam kita bawak perlahan.
Diam sekejap.
Aku: 90 je.
Orang tu: Perlahannyer...

Jadi pagi tadi aku bawak besa2 je. 100. Tu yg cun2 sampai kat opis. Sesampai je kat opis, bos aku suruh carik Xmas tree. Ah, senang je. Check ngan store-keeper. Store-keeper cakap tak dak. APA? Huh, nak wat lagu mana nih? Panik melanda. Aku call DO, DO cakap supplier amik. Aku call supplier, supplier cakap diaorang tak de amik balik n ada 'management people took the snow flakes n Xmas tree'.

Sumer tak ngaku diaorang amik. Aku dah fening kepala. Camana aa? Aku pun terpaksa jadi Sherlock Holmes. Kita use Cartesan Logic. DO cakap supplier amik. Kalau supplier cakap dia tak amik, that means DO main rembat jawab. Cross out DO. Supplier cakap 'management people'. So management people nih musti orang yg pakai tie supaya dia dikenali sbg 'management'. Siapa management bertugas arituh?

Call Customer Service tanya sapa yg bertugas pada hari diaorang dismantle the Xmas tree:
Aku: F, u nampak tak sapa yg angkut Xmas deco tu?
F: Tak sure la. Sebab hari tu I dah nak balik. Tapi diaorang memang angkut bawak ke stor.
Aku: Sapa yg in-charge?
F: En. R la rasanya. Ha, memang En. R ada kat situ mlm tu.
Bingo.

Seterusnya, aku pun carik En. R n dia pun bawak aku ke satu stor yg aku tak tau pun kewujudannya. Ta-dah! Christmas tree ada di ceruk stor. Aku menarik nafas lega. Fuh. Nasib baik.

(Balik semula ke opis)

Aku: I've found the Xmas tree.
Boss: Good. Can you arrange for the Xmas deco to be transferred...
Aku (bengang) : (tadi tak cakap pun nak kena transfer. Buang karen betul)

Begitulah kisah aku mencari Xmas tree...

0 comments:

Post a Comment