Cuti-cuti Malaysia ;-)

Buat kali kedua aku balik beraya di Raub, Pahang. Kali ni, aku pegi ngan orang tu. Jalan jem giler, memandangkan highway sesak ngan orang nak balik Kelantan. Orang tu tak tahan dalam bas, dah pening2 lalat. Lagipun dia straight dari opis terus gi Pudu. Kesiann...

Pagi raya agak kelam-kabut. Tapi aku sempat gi semayang raya kat Masjid Qariah kat Hulu Dong. Gi ngan Long Nai, Mak Chik, mak kawan aku, and 2 orang anak Long Nai. Orang tu pun pegi jugak. Balik dari semayang raya, kitaorang menjamu selera nasi himpit, lemang, rendang & kek coklat. Mmmm... best aa... ;)

Lepas semayang Jumaat plak, aktiviti buat korban kat sebelah surau depan rumah kawan aku. 4 ekor lembu dikorbankan sekaligus petang tu. Orang tu pun gi tolong jugak :p Tolong gali lubang... hehe. Aku keletihan sebab tak tau pukul baper aku tido mlm sebelumnya, berborak2 ngan kawan aku nih. Aku tertido plak lepas Zohor. Tau2 bila bangun diaorang sibuk citer betapa rajinnya orang tu gali lubang. 'Jangan jatuh demam lepas nih udah le...' ayah kawan aku nih cakap.

Dalam pukul 6 ptg, member aku n kakak sepupunya ajak gi Klau, beraya kat Felda. Kali nih makan dengan dasatnya. Ada lontong, spageti, biskut2 raya... Wah3x! Bab makan free nih memang besh ;) Aku pun makan ngan bersungguh2. Cuma orang tu makan sket je, sebab kat rumah dah bantai mi kari n nasi himpit ngan sup tulang.

Lepas Maghrib, kitaorang bertolak plak ke rumah ex-housemate aku time study dulu. Mamat dah menyambut ngan senyuman lebar. Ha, ha. Dapat gak aku merasa nasik kerabu dia. Tapi dah tak larat nak hentam bersungguh2. Hentam sket2 je dah ler...

Raya kedua, kitaorang balik ke Lanchang, kampung ayah member aku nih. Family sebelah ayah dier buat kenduri reunion. Ramai family dier balik, tapi tak seramai tahun sebelum tu, adik kawan aku nih buat laporan. Lauk sumer daging korban. Tapi hari kedua dah makan ngan ala kadar je. Risau jugak pipi dah tembam balik nih :p Petang tu, kitaorang gi rumah sorang lagi sedara mara member aku nih ngan tujuan nak amik manggis n langsat.

Sumer terkejut badak bila tgk skill orang tu panjat pokok. Muahahaha! Ngan aku sekali terkejut. Bila dier panjat pkk langsat plak, anak buah member aku yg baru umur 5 tahun, Mek, tepuk tangan sambil jerit, 'Monkey! Monkey!' Apa lagi, sumer ketawa! Orang tu pun tergelak jugak. Nasib baik tak jatuh pokok. Isk2... hehe.

Malam sebelum nak balik tu, puas la kitaorang dijamu ngan kerang rebus, rendang pelbagai citarasa, daun ubi masak tempoyak, ikan bakar, etc. Waaah! Aku balik nih mesti gi gym utk membuang segala lemak2 yg aku makan sepanjang cuti2 Mesia nih.. Walau apa pun, suatu percutian yg menarik & best ;)

0 comments:

Post a Comment