Dilema

Apa nak buat yek, bila ada something yg really, really important utk disetelkan, tapi orang lain tak memberikan kerjasama utk menyetelkan perkara nih?

Aku rasa macam pening pun ada gak. Bengang pun ada gak. Bimbang pun ada gak. Jadi project co-ordinator memang tensen. Working in a project memang tensen. Yang mentensenkan ialah working in a group bila ahli group yg lain buat lepas tangan je. Muka sapa yang kene mengadap 'Donald Trump' Mesia kalau tak aku?

Tulah yang berlaku semalam. Pukul 4 ptg, aku dah bergegas menyiapkan meeting pack. Copies of previous minutes. Progress chart. This & that. Aku bersemangat sebab aku nak menyudahkan benda yang dah tertangguh berbulan2 lamanya. Ni dah masuk 3 bulan n meeting yg ke-11. Tapi progress lembap. Part aku memang dah setel, tu pun Lasso Design dah terguling-guling menyetelkannya (sabaq no... bulan ni payment masuk la...) sebab diaorang yang lain tu banyak songeh. Tukar tu. Tukar ni. Bak kata Junaidix, suka2 je tukar system spec. Part sendiri tak buat lagi nak meng-komen part orang. Ha. Amik ko.

Lepas tu, bila aku check balik, rupa2nya diaorang gi buat meeting lain plak! Menyirap darah time tu. Aku kasi email awal2, mintak diaorang konpemkan attendance. Kalau ada plan lain, habaq la. Bley aku re-schedule meeting. Sorang pun tak balas email aku. Huaarggghhh!! Rasa nak bertukar menjadi Hulk pun ada gak. Nak seret sorang demi sorang gi meeting aku. Marah nih!!

Esok Donald Trump nak masuk opis. Aku forwardkan email tanya meeting ni nak dipinda ke tarikh bila, sorang pun tak reply. Patut ke aku beritau perkara sebenar kat Mr. Trump mesia nih, apa yg menyebabkan projek aku lembap tahap cipan?

Apa yang patut aku buat???

0 comments:

Post a Comment