Babe (KRU)

Perasan tak muram air muka?
Eh...mungkin tidak kerana ku dah kau lupa
Jauh di mata....apatah lagi hati
Riuh tetap sunyi bila kau bersendiri
Oh patutlah lagu dah tak semerdu
Puputan bayu dah tak senyaman dulu
Ku pasti kerana tiada pelengkapnya
Ketiadaanmu dirasa.


Jangan serkap jarang hidup ku bahagia
Memang berat tak ku nafikannya
Walau cintamu rapuh dan keyakinan runtuh
Dengar kubicara.

Oh babe, ku masih menyinta
Oh babe, ku masih setia
Pilu...lara...hiba dijiwa
Kelabu di kalbuku
Oh babe, ku makin tersiksa
Oh babe, ku makin terasa haru
Bisakan disembuh andainya kau disisiku
Oh babe ku masih perlukanmu

Sehari dua mungkin bolehku harung
Masuk ketiga berlewah kutermenung
Selepas seminggu fikiran bercelaru
Meruap-ruap bimbangku

Ke sana-sini terpinga tercari-cari
Petanda kau masih menyayangi
Walau cinta kau pudar, kan kuteruskan jua
Rontaku di jiwa.

-To past memories cherished. I love you.-

0 comments:

Post a Comment