Ham-peh!

Ada dua harta material yang aku paling sayang - pc flat monitor aku ngan motor Kriss biru aku. Tapi sayangnya, antara dua nih, motor aku paling banyak mendatangkan masalah walaupun aku sayang, aku basuh tetiap minggu, n aku bagi minyak petrol yang paling berkualiti pada abad ini.

Jadi disebabkan perasaan sayang teramat tebal nih, aku pun menghantar motor aku ke bengkel motor untuk diperiksa 'kesihatan'nya. Ni memandangkan motor ni selalu mati time berenti kat traffic light. Dah tu nak start balik sampai lenguh kaki n berpeluh2.

Dulu aku dah spent duit ganti brek tangan, lampu depan, lampu signal, n spark plug. Jadi bila mechanic offer nak servis motor plus tengok apa problem motor aku, aku pun setuju.

Hasil pemeriksaan mendapati:

1. Piston = RM75.00
2. Piston ring = RM32.00
3. Rebo-whatever = RM20.00
4. Valve seal = RM8.00 X 2
5. etc. 1= RM22.00
6. Plug = RM4.00
7. Servis = RM30.00
8. etc. 2 = RM6.00
TOTAL = RM205.00
Discount = RM5.00

Nak pitam aku bila mendengarnya! Aku terus rasa lemah lutut. Huhu...! Sadis... Dah la lepas tu tak bley bawak laju dlm sebulan.

Tapi malam tu gi amik motor n guna, tgk2 masih ada problem lagi. Hampeh betul. Pagi nih, aku gi keja lambat, n aku kena pakai motor yang diorang pinjamkan kat aku. Ulang suara - HAMPEH!!!

0 comments:

Post a Comment