Tuan punya motor pun tak sihat...

Ingatkan nak balik awal tadi. Tapi keja berlambak2 plak. Borang evaluation tak buat lagi. Borang claim tak isi lagi. Sat lagi Finance bising. Ish. Esok kena conduct phone interview. Mwaaah!! Tak sia2 lecturer ajar aku camane nak interview. Tapi aku dah terkena sendiri masa Shell interview dulu. Aku dah la tak reti cakap dalam telefon, tak konpiden. Pertama kali aku kena tinggalkan pesanan dalam voicemail, aku tergagap2. Lepas tu, aku cakap,

'Sekian, terima kasih.'

Ada ke patut? Ingat bagi syarahan ke?

Tapi sekarang dah tak lagi. Aku selalu gak guna telefon negotiate ngan supplier, gaduh ngan supplier, n briefing kat reporter. Hehe. Dah ok la. Tulah kena selalu training bendalah macam nih.

Anyway, aku tak jadi balik awal sebab akak kat opis aku janji nak bawak aku jumpa sorang akak yang terer mengurut. Urut? Memang sesuatu perkara yang buatkan aku sendiri bley angkat kening sebelum nih. Tapi, begitulah hakikatnya. Urat kat sebelah kiri bahu aku dah bengkak, sakitnya Tuhan aje yang tau. Sebab apa dia bengkak, aku tak tau. Tapi sumer orang cakap muka aku dah lain sket. Macam sembap n pucat, mata macam bengkak n rasa kering. Survivor cakap perubahan tu teramat ketara sejak aku balik dari konferens kat Singapore. Oh well. Badan tak sihat, sama macam motor aku.

Jadi aku kena tunggu sampai kul 8 mlm nih sebab dia kena tunggu hubby dia datang amik. kalau berterusan jugak masalah ni, aku kena gi specialist la nengok haper sebenarnya yang terjadi. Tak pelah. Sabar jelah. Kan setiap penyakit tu menghapus dosa?

0 comments:

Post a Comment