Me Against Them.

Semalam Jen kena marah ngan YDPA. Alasan dier sebab Jen tak reply email. Lepas tuh, dier membebel n Jen bagitau dier beberapa kali mention nama aku. Nampak benar dier tak suka kat aku. Aku take it macam tak de apa2 jer. Bagi aku, adil la tu. Aku pun tak suka dier. Tak kira la pangkat dier besar dari aku. Tak kira jugak aku nih sekadar kuli bertauliah ;)

Ayat dier yg buat aku tergelak time Jen citer tuh ialah,

'Just because she's Trump's favourite, doesn't mean that she can do whatever she likes...'

Kesian Jen. Aku tau ekceli YDPA nak belasah aku, tapi sebab frasa ayat pertama tuh dier meby cuak kot. Walaupun sebenarnya fakta tu tak betul langsung. Tak taulah.

Semalam ada meeting pasal bendalah yg YDPA kasi kat kitaorang. Aku rasa meeting nih buang masa. Mula2 aku semangat jugak. Finally, ada gak channel kitaorang nak meluahkan perasaan sbg kuli bertauliah nih. Tapi lama2 tgk at the end of the day, YDPA n batalion dier still mengacau ketenteraman awam, aku rasa tak efektif langsung. Baik la aku buat cara aku sekarang.

Aku harap sumer faham. Sebab before nih, aku tak macam nih. Aku dengar cakap. Aku buat apa yg diaorang suruh. Tapi lama2 mcm dah 'Eh? Bukan sepatutnya keje aku. Apasal aku nak kene buat? Aku kan bawah department lain?' Sebab hal2 yg tak sepatutnya aku buat nih jadi sampai kene balik lambat, etc. Memang aku keje ngan kompeni, tapi kompeni bayar aku utk masa aku 8 jam, bukan 24 jam. Tapi aku selalu bermurah hati kasi extra hours of my life free.

You see. YDPA nih tak bley kasi muka. Dier nih klu dah kasi muka sekali, dier suruh buat banyak2 lagi. Tak baik utk kesihatan. Macam tu jugak ngan the Golden Arch. Golden Arch nih memang the most unpopular person around. Dier nak keje dier je siap, tapi role dier cuma kasi arahan. Aku ingat lagi masa first2 dier masuk dulu. Dier bg cadangan (he's full of idea) tapi part execution tu, cepat je jari dier tunjuk kat orang lain. Sampai sekarang, klu dlm meeting dier cakap, 'If I may suggest...' Mesti kitaorang tertunduk tahan gelak. Wey, idup sapa lagi la dier nak nyusahkan nih?

Tadi ada meeting lagi. Golden Arch dah berjaya mendapatkan plasma tv daripada satu kompeni nih. Kitaorang dah dimalukan disebabkan hal nih. Then dier cakap the magic words sekali lagi, pasal nak buat launching.

'If I may suggest, why not we do something grand for the launching...' (sumer tertunduk sembunyikan sengih sebab dah agak dah ayat dier mesti mula macam tu)

'You may not suggest,' aku bisik kat Ainie. Ainie tahan gelak.

Then bila part sapa nak execute nih, dengan cepatnya dier cakap,

'Why not we ask our kuli2? They have shown that they are capable of bla2x..' Kening aku dah terangkat while sumer orang dah tengok kat kitaorang.

'How aah?' Chairman of the meeting tanya.

Senyap. Chairman, Ainie, Jen ngan aku sumer tengok tempat lain. Nobody said anything.

'Discuss later la.' Chairman dah sense kitaorang reluctant kot.

Aku tau Golden Arch pun tak suka kat aku. Dulu dier suruh aku buat something, pas tuh aku tak menyahut. Lepas tuh dier dah tak nak ada apa2 kaitan ngan aku. Tapi bila dier suruh Ainie, Ainie ikut cakap dier. Then hidup Ainie sampai sekarang merana. Huhu. Balik2, 'Ainie, why don't you...'

Sumer orang tertanya2 kenapa aku tak takut langsung ngan depa nih. Alasannya mudah n simple. Kalau diaorang komplen kat Trump n Trump nak buang aku pun aku tak kisah. After all, aku rasa tak aci la klu keje diaorang nak suruh kitaorang buat. At the end of the month, who gets the bigger paycheque? Diaorang jugak. Gaji kitaorang still ciput walhal keja mcm nak rak.

So biarlah diaorang tak suka kat aku, asal aku bahagia n aman tenteram :)

0 comments:

Post a Comment