Kedatangan Tan Sri

Semua orang kat opis excited giler bila tau shareholder kiteorang nak datang. Mana yang bersepah dieorang kemaskan. Memang excited la tu.

Termasuk la aku. Dulu aku penah involve dalam satu projek wat documentary pasal history dier n yayasan dier. Dier memang orang yang aku kagumi.

Dah la jutawan, dermawan, usahawan n semua yang 'wan' yang kat belakang tu dier boleh sapu. Tapi paling mustahak sekali, dier sorang yang betul2 patuh perintah agama. Seorang jutawan yang soleh.

Bila dier datang, tak de sapa yang tak terpegun tengok dier. Dressing dier selamba je. Tak de la pakai kot n neck tie. Then, dier murah ngan senyuman. Daripada cleaner opis, tea lady, eksekutif ke manager, sumer dier sedekahkan ngan senyuman manis dier.

Dia lalu belakang meja aku, n aku memberanikan diri tegur dier, 'Assalamualaikum, Tan Sri.' Dier pun jawab, 'Waalaikumussalam.' Waah! Terasa melayang sekejap bila dia jawab salam aku :) Memang best la dier nih...

Tapi yang paling aku tak expect, bila dier blah, sumer orang berebut2 masuk bilik meeting nak amik botol air mineral dier, kuih lapis & karipap atas pinggan dier yg dier tak makan! Memang kagum tahap melampau la depa nih ngan dier! Sapa2 yang salam ngan dier plak sibuk bagitau sumer orang pasal tu, n cakap dieorang kompem tak nak basuh tangan malam tu!

Terasa seronok berjumpa ngan Tan Sri arinih. Dier nih baru boleh aku nobatkan sebagai 'Malaysian Idol'. In fact, he is my idol. :)

0 comments:

Post a Comment