Salam.

Beberapa kali dah teringin nak menulis sesuatu kat blog. Tapi sejak hari tu, mood tu tak de. Pernah gak terlintas kat fikiran nak tutup je blog nih. Tapi, ah. Sayanglah. Penat je dia create layout nih.

Banyak perkara yang dah berlaku sejak kali terakhir aku tulis something. Aku dah pindah rumah dekat2 sket ngan tempat kerja. Jimat sey, duit. Sewa RM25 je sebulan. Petrol pun jimat. Tapi sunyi. Ada aku, housemate yang selalu tak de, &... kucing.

Konsentrasi sepenuhnya dihabiskan kat kerja. Semakin kerap berjalan2 dari duduk kat depan pc. Bawak kontraktor melawat site. Pastikan water inlet / outlet, electrical DB, renovation, etc. dah dipasang. Mula2 penat gak. Tapi dah dua minggu berlalu, dah biasa. Badan pun dah makin ringan. Turun 2 kg maah, macam berat masa aku masih bergelar student dulu. Berjalan2, tak makan lunch, makan dinner yang ringan2 je. Tapi pipi je tak kurus2. Still chubby macam dulu. Aku berazam nak turunkan berat badan to 47 kg :) That's another 2 kg to lose.

Kesian Ainie. Kucing dier kena langgar kereta. Ainie paling sayang kat kucing tu. Bila aku call dier, dier tengah sedih giler. Aku cuma boleh bagitau dier supaya bersabar, and semuanya dah ditakdirkan. Ainie, if you need a hug and a shoulder to cry on (not to say, plenty of Kleenex), I'm always here for you. So's Jen. And Chairman.

Hmm. Lastly, kalau ada sesapa yang tau pasal program MBA yang best and affordable, tolong cakap ye? Aku tengah wat preparation nak sambung study. Tengah mensasarkan KL as the location sebab kat KL banyak sket choice. Of course teringin gak nak further kat overseas, tapi rasanya tak mampu.

Lepas tu, apa ek? Hmm. Tak fikir lagi. Yang penting nak sambung study je la. Sayang la kalau tak sambung. Sememangnya aku suka ilmu. Aku penah baca kisah Imam Syafiee & macamana gigihnya dier menuntut ilmu. Dulu bukan macam sekarang. Dulu kene merentas padang pasir, bekerja tanpa upah untuk dapatkan satu2 ilmu pelajaran, dsb. Kira macam kisah Imam Syafiee tu jadi sumber inspirasi kat aku sebab aku kagum kat dia.

Ada satu citer nih dia tak de pena nak tulis apa yang
tengah disampaikan oleh cikgu dier. Jadi Imam Syafiee pun amik batang lidi and
guna air liur dier, dier tulis kat tapak tangan. Cikgu tu pun ingat dier
main-main ngan lidi masa ceramah. So dier pun kena marah. Imam Syafiee bagitau
kat cikgu tu yang dier tengah tulis apa yang tengah diceramahkan. Bila dier
citer balik kat cikgu tu apa yang dah disampaikan dari pagi tu, cikgu tu
terkejut. Rupa2nya Imam Syafiee betul2 tengah tulis semua yang diajar oleh cikgu
tu. Betapa bersemangatnya Imam Syafiee.


Jadi aku pun kena gak mencontohi Imam Syafiee yang mana aku berpegang pada mazhab dier. Erm. Dah pukul 2. Nak sambung kerja. Bubbye.

-nak kena upgrade gak ilmu fardhu ain (agama), selain ilmu fardhu kifayah (dunia).-

0 comments:

Post a Comment