Salam.

Seharian jadual kerja penuh. Hari bermula dengan majlis pelancaran. Bingit. Bawak kamera ke sana sini. Maklumlah, photographer tak bergaji. Dapat goodies bag, tapi aku berikan kepada Pn. Nora. Aku tak perlu kuih dalam tu, aku on diet. Jen dapat bunga ros daripada singa.

Macha buat aku moody lagi. Berkali2 aku terangkan, tapi dia suruh buat benda yang aku dah buat. And manager tu buat aku bengang. Akhirnya dari ceria menjadi masam mencuka. Macha dah faham bila dia cakap ngan aku n aku cuma diam n mengangguk. Tak lagi suruh aku buat kerja 2x.

Projek. Bila diberitahukan water meter tak masuk lagi, sekali lagi mood keruh. Bosan disindir klien. Water inlet tak de. D.B. box tak de. Gas piping baru nak kuarkan quotation besok. Hah. There is such thing as gas flushing rupa2nya. Diaorang akan flush out udara dari paip gas guna nitrogen. Baper lama agaknya? Operation start Isnin depan. Aku berbisik kat Macha. Meeting ngan Big Boss petang nih. Mustahak. Dia setuju.

Big Boss tetapkan Ahad nih sebagai penghabisan. Projek akan tamat. Akupun akan beralih arah. Petang. Programmer datang bentangkan sistem. Foxpro lagi. Aku dah tak amik peduli system requirements. Asalkan within the budget, aku akan terima. Biar mereka fikirkan pasal data integration dengan Oracle db, asalkan aku siapkan kertas kerjanya.

Jen dapat berita buruk. Housematenya akan keluar rumah. Tak de angin or ribut. Terus dia bergegas balik. Kesian Jen. Kena pujuk dia lepas ni. Jen, please don't be sad. You can always come over to my house if you're feeling lonely.

Akhir sekali dia. Aku tak bermaksud nak stalk dia. Cuma nak tau perkembangan semasa. Rasanya dia ok. Hobi terus berjalan lancar. Kawan baru pun dah bertambah. Baguslah kalau dia dah melupakan semuanya. He has moved on. I should move on too. Hmm. But when is that going to be?

Buat masa sekarang. Aku perlu lebih banyak masa lagi.

0 comments:

Post a Comment