Gurisan Jiwa

Seperti malam2 sebelumnya, dah abis je drama tu pukul 9.30 mlm, aku tutup tv & masuk bilik. Belek2 magazine dalam 15 minit. Siap rekod masa belek magazine. Result, purata masa belek magazine dari kulit ke kulit memang tak lebih 15 minit. Sapalah ngajar aku baca dengan lajunya nih.

Malam semalam, tak de entry baru dalam diari. Tak de baju nak dilipat. Bilik dah kemas. Baju dah iron. Kira petak kat siling. Belek2 buku pulak.

Terasa nak sms orang plak. Orang yang mula2 aku nak sms ialah... dia. Tapi. Ahhhh..... hmmm... not a good idea. Siang tadi pun dia busy. Malam, mesti busy jugak. Lagipun, takut nak kacau dia. Takut dia rimas. Takut kredit dia abis. Takut aku akan sentiasa bergantung kat dia lepas tu. Macam2 perasaan takut. Akhirnya tak jadi. Ada suara dalam diri yang remind aku - whatever had happened between both of you, it was in the past. Forget about it. You're no one special to him now.

Yep. Betul jugak. Ok la. Aku batalkan hasrat tu. Mencari nama lain dalam phone book hp. Tetiba terjumpa nama lain yg buatkan dahi aku berkerut. Teringat balik time 2nd year, 3rd year & finally, 4th year yg bersejarah. Gile... Suke gelak terbahak2 ngan dia. Time ada problem, suka sembang2 ngan dia. Penah study sesama, buat assignment sesama & merepek2 sesama. Kalau ada apa2 yg buat aku gembira, dia antara yang pertama aku carik untuk share the news.

Walaupun dia ramai peminat, aku sikit pun tak penah ada perasaan kat dia. Sabar menunggu lelaki senegeri. Sebab tu, aku je yg jadi kaunselor nasihatkan dia pasal psikologi perempuan. Bila dia tanya bila nak ada 'abe', aku jawab, 'Bila jumpa abe Sarawak la. Dah, jangan tanya soklan merepek2. Aku smack down karang!' Then 4th year, tetiba ada krisis yang aku tak boleh maafkan. Kesudahannya, dia jadi kawan biasa, tak lagi kamceng rapat. Aneh, camane rapat pun kiteorang, tak penah sekalipun kuar sesama. Setakat jumpa kat kelas, kat fakulti, kat kawasan apartmen aku dulu. Tupun beramai2 ngan member2 yg lain.

So malam semalam aku hantar msg kat dia. Simple, mcm tiap2 kali aku antar msg dulu - 'A'kum. wey, aku tgh sedih la :( Cuba ko citer, camane nak buat aku hepi?'

Tak sangka plak dier reply. 'Ko jangan fikir sangat la pasal tu. Keluar ngan member2, jangan dok sorang2 je.' Tak banyak yang aku kongsikan kat dia, cuma nak dia nasihatkan aku camane aku boleh improve mood aku yg kejap2 ok, kejap2 tak ok. Last2, dia cakap,

'Aku dpt rasakan ko tgh sedih giler2 skrg. Klu ko perlu someone to share it, aku bersedia nak tolong.'

Agak terhibur bila aku baca mesej tu. Ko memang sahabat sejati aku. N... pepagi lagi dah kejutkan aku untuk Subuh.

Sebelum tertido (& tak sempat pun nak reply msg die!), merenung kejap nasihat dia, 'Jangan terlalu mengagungkan yang lepas. Sampai bila pun ko akan stay macam ni.'

Ko tak faham. Perasaan ni tak penah pudar. It's just that all these responsibilities that I cannot give up now. Bila mereka dah mampu berdiri sendiri, aku akan menarik nafas lega. Saat itu, barulah terlerai tanggungjawab yang terpikul atas bahu aku & kakak. Mungkin 2-3 tahun lagi. Yang pasti bukan sekarang.

Ya Rabb, sungguh ini dugaan-Mu yang paling menyakitkan. Moga Kau kurniakan ketabahan, setabah Ayub A.S.

0 comments:

Post a Comment