Balik Dari Kampung

Ntah naper aku try upload gambar brochure yg aku dah siapkan tu tapi tak dapat. So tak bley la nak show gambar tu kat blog nih.
Selama 3 hari nih aku cuti, balik kampung. Seronok la dapat balik :) Nasib baik tak kena tinggal flight ke Kuching hari tu. Jen bawak ngan lajunya ke airport (Thanks Jen! Hope u like the souvenir I bought :) ) & aku ngan lajunya berlari ke counter check in...
'Alamak! Closed ke?' Aku dah panik. Tapi aku tanya gak, 'Tak boleh open ke?' Mamat tu kontek staff yg jaga kat aerobridge, then terus mintak ic aku. Fuuhhh... Lega. Kalau tak ber 'explorace' kat airport nih, tak de thrill kot idup aku nih.
So, anyway, aku bawak balik kek batik utk orang kat opis. Memandangkan aku dah kat dua opis berbeza, so aku kena bahagi dua kek tu. Bila gi main office jap tadi, tengok2 dah abis. Ramai gak la yang tanya ada lagi ke tak. Bila disoalsiasat, rupa2nya this time bukan Ainie yg mengabiskan kek tu, tapi Chairman! Patut la dia tanya boleh tempah kek batik kat aku tak.Hehe. Kalau amik order wat kek untuk raya nih, kompem laku. Boleh la wat support tiket nak balik :p

0 comments:

Post a Comment