Menguap dengan selebar2nya...

Penat. Sudah terlalu penat...! Tapi besok still kena gi keja jugak. Kali nih, mungkin buat ke-100 kali, aku berazam, untuk memulakan laporan training tu. Lepas mengkontek travel agents di Sarawak & Sabah, aku akan start. Yezzir... Jen, jangan kompius. The report is not a must. I just feel like doing it. Last week of being a trainee...

Dah setahun lebih menjadi trainee di kompeni tu. Pahit & manis bercampur-baur. Dulu, aku dicop trainee favourite Trump. Macam nak mampus wat projek2 yg cuma aku sorang je yang diberikan projek tu. Tapi sekarang... bak kata Ainie (aku selalu menghafal ayat2 dieorang nih) , 'What goes around, comes around, what goes up, must come down. This is life....' Tak heran la... Itu semestinya yang akan berlaku.

Kenapa? Teruk sangat ke jadi trainee??

Tak. Secara jujur & objektif nya aku katakan, tak. Lepas masuk GH, dah tau macamane dieorang dilayan (cabut rumput??), aku fikir, at least kalau kiteorang dimintak cabut rumput, next meeting ngan Usop, kompem keempat2 kiteorang akan bising. Kiteorang tak kekal lama dalam satu2 department. Dah bosan, transfer lagi. Begitulah pengalaman menjadi trainee. Umpama budak yang belum mumaiyiz - tak memikul tanggungjawab sendiri lagi.

Aku terlalu banyak berfikir benda yang remeh-temeh.

Kenapa yek? Mak aku kata, walaupun aku baru 23 tahun, tapi aku berlagak terlalu matang untuk usia 23 tahun tu. Kenapa ye mak? Aku tak faham. Mak cakap lagi, dia tengok anak2 kengkawan dia yang sebaya aku masih lagi keanak-anakan. Walaupun aku masih manja dengan emak, tapi mak kata manja tu dah terbatas. Aku pun hairan dengan sifat aku sendiri. Kenapa aku jarang ketawa? Kenapa aku terlalu memikirkan akibat dari tindakan aku? (atau orang cakap 'kontrol ayu') Kenapa aku terlalu serius? As a 23-year old person, is that normal?

Kadang2 aku teringin jadi macam Ainie atau Jen. Jadi seorang yang cepat mesra, suka ketawa, pandai berjenaka, dan sumer orang suka kat dieorang. Tapi aku rasa kekok kalau cuba jadi macam dieorang. Aku memang dari azali lagi sorang yang serius. Sampaikan Anip dulu penah cakap, 'Tulah akak, dulu suka buat muka masam. Tak de orang berani tegur tau.' Well. Sebenarnya tulah facial expression aku sepanjang masa. Nak wat camane? Penat la aku kalau nak senyum 24 jam.

Apa2 pun, aku harap agar orang yang tersayang memahami aku & karenah aku. Dapat menerima aku dengan redha. Kalau tak, terpaksalah aku buat plastic surgery supaya muka aku selalu tersenyum macam Miss World. Comel gitu.

Nak balik & tido. Zzzz...

0 comments:

Post a Comment