Image hosted by Photobucket.com

Minggu nih aku teramat busy plak. Mana dengan kapal masuk lagi, buat news lagi, pastu kena organize ngan invite orang gi majlis buka puasa. Part tu yang leceh giler. Malas betul nak kena follow up ngan dieorang, macam anak raja plak. Tapi terpaksa la. Nanti dieorang tak datang, penat je aku siapkan gift pack untuk dieorang.

Hari nih relax sket. Aku dah setelkan apa2 yang patut. Tgk la task aku yg aku sepit kat paper holder bunga tu. Baper helai dah aku taruk kat situ. Tapi sekarang dah cross out sumer. Senang hati aku. Boleh la gi melepak sat lagi.

Raya tahun nih, macam tahun2 sebelumnya, aku tak buat preparation sangat. Seperti biasa, belikan biskut batang buruk untuk mak aku. Awal2 puasa lagi dia dah pesan batang buruk. Aku beli sepasang baju raya yg dah siap je. Malas la aku nak sibuk2 tanya apa fesyen terkini, kain apa nak beli, nak hantar kat mana, nak beli tudung sedondon ke tak. Tak kuasa. Seingat aku dari kecik2 lagi, aku tak gemar sangat nak melawa time raya.

Waktu kecik dulu, lagi dahsyat. Aku tak suka pakai baju kurung. Dari seorang anak kecik yang jarang merajuk & tak banyak karenah, aku boleh mengamuk kalau mak pakaikan baju kurung. Sebab tu, kalau tengok gambar raya, aku sorang je yang tak pakai baju kurung. Pakai t-shirt ngan shorts. Ada ke patut? Nasib baik mak aku penyabar orangnya. Kalau aku jadi mak aku, agak2 nya dah kena lempang kot.

Tapi bila dah besar nih, dah ok la kot. Tak de la jadi tomboy. Cuma suka aktiviti lasak je, tapi tak selalu ada peluang nak melasakkan diri. Ciri2 keperempuanan tu masih ada. Contohnya, aku suka benda2 cute macam teddy bear. Comel tak teddy bear tu? Siap pakai baju & bawak beg sandang lagi :p Tu kawan baik aku, Eva yang kasi waktu besday aku yang ke-20. Dia cakap teddy bear tu serupa macam aku (erk?)... suka bawak beg sandang.

Hehe. Ya betul. Orait apa, dari bawak beg tangan muat2 handphone ngan beg duit je. Cuma dulu aku ingat kawan2 yg suka bawak beg tangan nih, kalau kuar gi outing sesama, asal time solat je, mulalah tersengih2 nak mintak pinjam kain telekung. Pastu aku sindir balik, 'Tulah, aku bawak beg sandang, korang gelakkan aku. Macam nak gi sekolah la, nak gi panjat gunung la. Tapi beg sandang aku yg gedabak ni la yg boleh sumbat kain telekung!'

Tapi sekarang dah rindu kat dieorang. Especially budak2 Raub - Haiza, Nonet & Fiza. Tak luper kat Bib jugak. Aku penah sekali beraya kat Raub masa tak dapat balik final year dulu. Seronok juga, tapi lebih seronok kalau beraya ngan keluarga sendiri kan?

Apa2pun, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kat semua pengunjung blog :) Maaf Zahir & Batin kalau aku penah terkasar bahasa kat korang!

Salam Aidilfitri

Sepenuhnya aku ingin memelukmu,
Mendekat penuh harapan untuk mencintaimu,
Sepenuhnya aku akan terus menunggu,
Menanti sebuah jawapan untuk memilikimu.

Tadi aku call dia. Dia tengah menangis. Katanya, dia sedih tinggalkan aku.

Aku tergamam sekejap. Selama nih dia tak penah tunjuk muka sedih. Dia sentiasa ceria. Aku tau perpisahan kiteorang kali nih betul2 meninggalkan kesan kat dia. Aku pun sama. Semalam, tengah sibuk buat keja, tetiba air mata boleh bergenang. Aku tertunduk sembunyikan muka.

Aku sudah kehilangan dia. Kehilangan besar, sebab dia satu2nya sahabat yang betul2 memahami aku. Dia tahu bila aku perlukan teman, dan bila aku lebih suka bersendiri. Dia tak penah berkecik hati kalau aku terkasar bahasa dengannya. Aku terasa bersalah jugak bila terfikir balik.

Mungkin hati kecil penah berkata, 'Bawaklah saya sekali, Kak Za.' Aku dah penat ditinggalkan & disalaherti. Aku nak gembira dan bergelak ketawa dengan seseorang seperti Kak Za, menghiburkan hati aku yang tak penah surut sedihnya. Kalau diturutkan hati, aku mahu pergi jauh dari sini. Jauh, jauh. Bukan di Johor, bukan di Sarawak juga. Di mana tiada apa yang memberi kenangan kepada aku.

Image hosted by Photobucket.com

Sedih la. Hampir 2 tahun kiteorang mengharungi suka-duka, pahit manis bersama. Dari tamat universiti, sampai la sekarang. Kiteorang menghadapi semuanya ngan sabar. Adakala ngan tangisan. Tapi selalunya dengan gelak tawa. Sebab dia selalu menceriakan hidup aku.

Dulu aku, dia & yang lain hidup susah. Gaji kiteorang tak seberapa. Pergi keja awal pagi, balik lewat petang. Tapi kiteorang ceria je. Tiap2 hari kiteorang makan sesama. Lauk nasi & sayur sawi, & sardin goreng. Simple je, & kongsi bersama. Seorang cuma keluarkan tak sampai RM1 utk makan sehari. Tapi rasanya istimewa. Sekarang hidup dah alhamdulillah, agak mewah. Gaji dah 4 angka. Tapi sunyi. Tak de gelak tawa macam dulu. Tak de kemesraan.

Dulu aku, dia & yang lain tido beralas comforter. Bersempit2. Sebelum tido, kiteorang bercerita tentang kehidupan kiteorang, kerja, harapan, impian. Hidup aku terasa penuh ngan kehadiran dia & yang lain. Tapi sekarang, bila tido di bilik sendiri, berseorangan, atas tilam empuk yang luas, aku tak terasa bahagia.

Dulu & sekarang, aku & dia tetap rapat. Cuma mungkin rezeki dia tak semurah rezeki aku. Dia masih bergaji tiga angka sedangkan dia pun lulusan universiti macam aku. Sebab tu dia buat keputusan nak balik ke kampung. Aku sedih! Aku sayang dia macam adik-beradik sendiri. Dia dah berada di samping aku, menceriakan hidup aku. Aku tau kalau aku sedih, aku ada dia untuk menghiburkan aku. Tapi sekarang. Dia dah nak pergi.

Aku rasa hidup aku akan kosong tanpa dia. Aku dah tak nak tinggal di Johor lagi. Johor dah tak bermakna bagi aku.

Bakpo kak za nak kelik? Saya dah tokse dok Johor lagi...
Let's all have a moment of silence to respect the demise of our Prime Minister's wife, Datin Seri Endon Mahmood. Al-Fatihah.

Apa aa? Aku nak citer pasal apa ye? Sejak kebelakangan nih, aku bz giler. Ada majlis buka puasa ngan media minggu depan yg nak kene setelkan, ada stock count yg nak kene buat, ada press release nak kene buat, macam2 ada! Kekadang nak bernafas pun susah. Nasib baik bos tak mintak aku monitor sekali decoration raya. Kalau tak, jangan harap la aku nak hapdet blog minggu nih :p

Minggu nih aku ngan Jen tido kat rumah Ainie, sampai la minggu depan. Sejak tu, kiteorang dah tak lepak2 kat opis lagi. 5.30 ptg sharp, mesti dah keluar opis. Hari Rabu tu, kiteorang berbuka puasa di restoran Remaja dekat ngan rumah Ainie. Malamnya, kiteorang tiga masak spageti & makan depan tv. Huhu... Anak dara apakah macam nih? Semalam plak, beli makanan kat pasar ramadhan. Beli kuey teow kerang (sedap!) je. Tupun dah mengenyangkan.

Oh ya, nak ucapkan HAPPY BELATED BIRTHDAY to my dear friends Eva & Abby :) May ur dreams come true! Ok, ciao! :)
Tadi gi surau, terjumpa DQ.

'Oi, Carneyz. Orang hari Sabtu, Ahad dok kat umah. Rehat. Yg ko gi opis, buat apa? Tak reti rehat?'
Sedap, lemak berkrim betul ayat tu.

Aku pun tau rehat. Tapi bos aku tak tau aku nak rehat. Dia tau nak news release before hari Isnin. Tu pasal la aku buat2 tak tau arinih sepatutnya rehat.

Nasib baik NR tu dah siap. Dah email pun kat dia. Tapi aku tak puas hati pasal info yg manager tu kasi kat aku ada yg tak betul.

'Amende IATA code nih? Sejak bila Yemen nyer code SAA? Kurang ajaq betul kasi info salah kat aku. Nih Islamabad punyer code pun salah. ISD tu Iscuande punyer la.... bla2...' sambil wat keja, aku membebel. Biasalah. Perut meragam. Kepala fening. Membebel la jadinya.

Lepas nih aku nak blah la. Nak pi Taman U. Lepak kat rumah depa la, sapa lagi. Huhu, Shell tak refund lagi duit aku. Dah tahap kritikal dah balance akaun aku tuh. Uwaa!! Tensen, tensen.
Sakit perut. Buat pertama kali dalam sejarah hidup, aku diserang gastrik masa bulan pose.

Ni sumer gara2 makan tomyam. Huhu...! Hari Khamis tu, aku diserang sakit perut yg menyebabkan aku terpaksa berulang-alik ke toilet. Tak tau la apa yg aku makan sampai sakit perut tu. Jen cakap aku dah 'risked ur life for 3 days, Carneyz.' Ye ke? Anyway, aku tracked balik apa yg aku makan sepanjang minggu nih. Yg aku highlight warna merah tu mungkin menyebabkan aku sakit perut masa hari Khamis & Jumaat:

Isnin: Tak sure la. Makan apa ek? Nasi ayam kot.

Selasa: Makan nasi beriani gam 'plastik'. Kisahnya aku masukkan nasi beriani ni ngan bekas2 polisterin nyer sekali dalam oven. Ngan happily ever after nya aku set 5 minit, bancuh air & 'ting!' aku bukak oven & bau polisterin menusuk hidung. Tapi aku melantak gak sebab dah beli kan. Sedap.

Rabu: Makan nasi ambang + kek besday Jen (yg dah berusia 3 minggu terperuk dalam peti sejuk. Tapi Ainie ngan Jen pun makan kek tu jugak, tak de apa2 pun. Jen makan dadih, pun sihat walafiat jugak).

Khamis: Setelah seharian membuang sumer isi perut aku, aku makan kuih dulu (share ngan Jen. Tapi Jen sekali lagi membuktikan dia bayi sihat). Pas tu makan tomyam + nasi.

Jumaat: Sakit perut macam nak pitam, bawak motor gi klinik macam nak pengsan, then lepas tu balik rumah, guling2 atas katil macam nak mati. Sakit woo... nak muntah2 pun ada, nangis2 pun ada gak. Begitulah azabnya sakit gastrik nih.

Ah, well. Salah aku gak. Tak jaga kesihatan. Apa2 pun, arinih dah rasa sihat sket. Kene masuk opis sbb bos nak news release tu sebelum hari Isnin nih. Huhu... Uwaa!! Tgh sesorang kat opis sambil buat news release + dgr cd.
Perhatian kepada semua Staff , Diharap anda semua baca dengan tenang.

Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2006, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-

a. PENGANGKUTAN. Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji. Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji. Sekiranya anda memandu kerata nasional sama ada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.

b. CUTI TAHUNAN. Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari Sabtu dan Ahad.

c. WAKTU LUNCH:

1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.

2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.

3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.

d. CUTI SAKIT: Mulai 2006 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.

e. PENGGUNAAN TANDAS: Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2006 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan tersekat, pintu akan terbuka dan kamera akan menyala. Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum 'staff sembelit'.

f. PEMBEDAHAN : Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.

g. PENGGUNAAN INTERNET: Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda. Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka.

Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.

Sekian, terima kasih.

Yg benar,
Pengurus Sumber Manusia
Syarikat Ntah Haper2.

HARD DISK GIRLS: She remembers everything, FOREVER.

RAM GIRLS: She forgets about you, the moment turn her off.

WINDOW GIRLS: Eeveryone know that she can't do a thing right, but no one can live without her.

SCREENSAVER GIRLS: She is good for nothing but at least she is fun.

INTERNET GIRLS: Difficult to access.

SERVER GIRLS: Always busy when you need her.

MULTIMEDIA GIRLS: She makes horrible things look beautiful.

CD-ROM GIRLS: She is always faster and faster.

EMAIL GIRLS: Every ten things she says, eight are nonsense .

VIRUS GIRLS: Also known as "wife" when you are not expecting her, she comes, installs herself and uses all your resources. If you try to uninstall her you will lose something, if don't try to uninstall her you will lose everything...
Hari ni tak tau nak celoteh pasal aper. Semalam agak tensen sket la, sebab nak plan raya celebration. Fening oo... Pastu aku tak paham apsal dapatkan quotation paper bag raya yang mahal? Boleh dapat lagi murah aper? Aku pun gi check ngan Didiz. Petang tu jugak Didiz bagitau yang dia boleh kasi quote RM0.60 lebih murah dari harga asal. Aku kira2. Kalau order 1000 paper bags, dapat jimat RM600. Boleh bayar tambang aku nak balik ke Sarawak tanahair tercinta (piraah, tercinta sangat la... soh balik tak nak plak :p)

Sebenarnya malam semalam lepas buat apa2 yang patut, aku membelek buku yang aku baru je beli hujung minggu tu. Khusyuk membacanya sampaikan tak sedar jam dah pukul 11.30 sebelum telefon aku merengek mintak diangkat. Laa.. ingatkan dah tido, rupa2nya boleh terbangun sebab nak call. Saspek la.

Balik kpd buku yang aku baca. 'Ciri2 Wanita Ahli Syurga' (atau yg sewaktu dengannya). Bila aku belek2 4-5 halaman pertama, muka aku terasa panas sebab tahan marah. Aku spontan katakan, 'Ini tak adil!' before aku sedar yg aku tak boleh jatuhkan hukuman sampai aku selidik betul ke tak perkara tu. Isunya terlalu sensitif pada aku. Isunya menyebabkan aku dilanda konflik luaran & dalaman. Isunya menyebabkan aku sakit kepala, dada terasa sebak & mempersoalkan, 'Benar ke ini hukum Tuhan?'

Tapi mungkin apa yang tak disukai tu la yang membawa kebaikan. Contohnya kita tak suka bersenam, tapi senaman tu yang mencergaskan badan.

Tapi adakalanya kita perlu berhemah juga, tengok pada keadaan. Kewajipan sebagai anak, sebagai isteri, sebagai muslimah, tak selalunya seiring. Bila terjadi mcm nih, memang pening kepala. Kena pandai2 la buat keputusan. Yang pasti, tujuan hidup ialah utk cari kebahagiaan yang kekal abadi.

-Kalau dimakbulkan Tuhan, biarlah dia orang yang dapat menundukkan hati aku dengan penuh kasih sayang & iman sebab asal kejadian aku dari tulang rusuk kejadiannya. Jika dia terlalu keras, aku akan patah dan memberontak. Kalau dia terlalu lembut, aku selama2nya akan terus bengkok. Jika dia langsung tidak membimbing aku, moga Tuhan bersifat belas kasihan kepada aku. Masuk hari ke-6, itulah doaku.-
I received my name card today.

With a jolt, I suddenly realized that - 'Hey. I'm an executive!'

In my misery to still find myself stuck in this place, I forgot that we have been given different positions and titles.

Not that I'm overly happy with being an exec., what with everything remains unchanged. Plus, now we are expected to perform. No more whatever-you-do-your-boss-gets-the-muck. Now, whatever I do, I get the muck. So.

Malam semalam gi solat terawih kat Masjid Tmn U. Lepas bukak puasa kat rumah ngan Yana & Kak Za, aku pinjam kain batik Kak Za untuk solat Maghrib sebab aku tak bawak track bottom ke aper selain dari seluar jeans yang aku pakai.

Lepas solat, Yana tanya,

'Dah siap, Mek?'
'Lor... takkan aku nak pakai macam ni gi solat terawih?' aku tunjuk kat kain batik yg aku pakai.
'Naper plak tak bley. Sekarang orang pakai kebaya pun pakai kain batik. Ko ikat kuat2 la. Jangan sampai terburai.'
'... Aku terasa ayu sangat.'
'Sudah la! Malas aku nak layan ko, Mek.'

Kak Za terkocoh2 pakai telekung.
'Jap, Kak Za amik kunci motor.'
'Kak Za!!!! TAKKAN NAK NAIK MOTOR!'
Minah dua orang tu dah terkekeh2 gelak.
'Kak Za gurau je la. Meh, naik keta Yana.'

Huhu... Buat pertama kalinya aku gi solat terawih ngan anggunnya.
Semalam hujan lebat. Tak dapat balik awal. Kena bukak puasa kat opis dengan Jen. Jen baru belajar makan nasi kerabu. Kesian Jen. Hari kedua berbuka pun makan nasi kerabu jugak :p Nasi faveret aku tu. Dah terbiasa dok ngan gewe2 Kelate, makanan kegemaran pun dah terikut2 dari pantai timur gak.

Lepas bukak puasa, gi solat Maghrib. Waktu tu hujan masih renyai2. Balik dari solat Maghrib, hujan dah lebat & diikuti ngan kilat & petir. Lepak la kat opis ngan Jen. Cukup2 nak masuk waktu Isya', aku pun mintak diri nak ke surau sekali lagi. Kali nih aku cakap lama sket la kat surau, pasal alang2 dah Isya', nak terawih terus la. Time nilah Jen buat ralat.

'Jen, I'm going to stay at surau for quite some time tau.'
'Why?'
'Got solat terawih.'
'What's that?' Jen bersungguh2 nak tau.

Aku duduk balik untuk terangkan konsep solat terawih kat Jen. Tapi baru nak bukak mulut, aku mati akal.

Jen tau orang Islam kene solat 5 waktu (Jen memang garang, kalau sapa2 tak gi semayang, dia yang tolong sound! :p hehe. Sorry Jen!). Jen faham konsep pahala ni macam mata ganjaran Bonuslink (mana dia dapat idea nih pun aku tak sure). Makin banyak buat baik, makin banyak mata ganjaran, at the end of the day, boleh tuntut hadiah (masuk syurga).

'It's like...' aku memulakan ngan teragak2.
Jen terus menanti sebuah jawapan (cey, macam lagu kumpulan Padi la plak).
'It's like you're having a Mega Sales Carnival once in a year & you can accummulate more Bonuslink points, Jen!' akhirnya terhambur jugak analogi aku tu kat Jen.
Jen terlopong, lepas tu tergelak.
'I see....'

Aku bangun ngan lega. Nasib baik la minah ni kaki shopping. Tak susah nak bagi dia faham apa itu terawih. Hehe.
3 pagi?

'Eh, you CC department. You'll be there, kan?' Ricky tanya masa aku lalu kat belakang dia.
Aku berdiri sambil menggosok dagu. Macam la ada janggut.

'You? Ur gonna be there jugak ke?' Aku pusing & tengok Chairman.
'A'ah la.'
'Ainie?'
Ainie jenguk kat dalam bilik, ke arah bos dier. 'I dun have to go kan?' Lepas tu dia buat muka monyok.
'Of course la I have to be there. I'm in PR kan?'

Nak buat camane? Ni bukan first time kena terlibat dalam aktiviti paranormal nih (macam citer the X-Files la plak kan?)

'So? Pastu you guys nak balik rumah, bukak puasa & then balik sini lagi?' aku tanya Ainie & Chairman.
'Tak la. Gi main bowling...' Chairman jawab selamba.
Aku baru je nak bukak ceramah agama ngan Chairman, bila dia sambung,
'Lepas semayang terawih la. Ikut sunnah Nabi. 8 rakaat je.' Tak jadi nak berleter kat dia, aku terus tergelak. 'Poyos!'

Nampaknya malam nih lepas terawih & tadarus, tak leh terus tido. Pukul 11 malam dah nak kena ada kat opis. Bawak kamera. Biasalah, jurugambar kompeni. So lepas abis menjalankan tugas, sahur & tido! Nasib baik esok bos kasi cuti. Orait la tu.
Sinopsis posting nih --> klu pose, mestilah nak raya. Nak raya kene balik kampung. Balik kampung kene beli tiket :p tu je.

Lokasi sekarang: Johor Bahru (JHB)
Destinasi : Sibu (SBW) --> bukan Bintulu yek (BTU). Tak penah plak aku balik beraya kat hometown aku sbb kampung aku dekat2 ngan Sibu ;)
Transport: AirAsia (AK) + MAS (MH).

Laluan mungkin:

1. JHB - SBW (AK) --> P.M. Harga tiket. RM309.99 (termasuk tax & whatnots) ONE WAY.
2. JHB - KCH (AK) - SBW (MH) --> A.M. Harga tiket RM209.99 + RM90 = 299.99 ONE WAY.
Status: Transaksi akaun sebanyak - RM299.99 :(

Lepas raya:
Lokasi: SBW
Destinasi: JHB
Transport: AK + MH

Laluan mungkin:

1. SBW - JHB (AK) --> Flight penuh sampai 8 Nov.
2. SBW - KCH - JHB --> Flight KCH - JHB (AK) pukul 8.50 pagi. KCH - JHB (MH) dah abis. Laluan alternatif melalui KLIA tapi mahal giler. Means kena gi KCH sehari sebelum tu (5 Nov.) tapi tak de tempat nak stay kat Kuching (huhu...). The next flight is 8 Nov. jugak.
Status: Tak beli lagi. Tak tanya mak lagi. Tak tau camane lagi.
Aku nak menyambut pose tahun nih ngan serba sederhana. Penat aku nak kuruskan badan jadi aku tak nak la usaha aku tu sia2 je time bulan pose yang terkenal sbg bulan makan :p Kalau tak caya, gi la mana2 Bazar Ramadhan. Berlambak makanan dijual, lebih banyak dari bulan-bulan biasa. Tahun lepas, berat aku naik mendadak time bulan pose la. Lepas tu terus naik & naik... & naik lagi... (efek gema suara kat sini)

Petang semalam, aku bukak pose kat opis dengan ditemani oleh Jen. Mula2 bercadang nak gi Taman U nak beli stok makanan utk sahur arinih, then tukar fikiran nak gi IOI plak (kononnya dekat sket). Last2 malas + letih punyer pasal, aku pun tak gi langsung! Balik je dari beli nasi kerabu & air milo, aku terus terduduk kat opis sambil teman Jen wat keje. Then borak2. Then tup, tup, azan. Lepas makan, borak2 lagi. Agak2 dah nak tergelincir Maghrib, baru la gi surau :p (hehe...) Jen abis je hapdet blog dier, ajak dier gi beli roti + susu (sihat tulang & gigi aku tetiap ari minum susu) utk sahur. Barulah balik rumah bahagia aku selalu.

Begitulah pengalaman first day aku berpuasa tahun ni ;) Malamnya, lepas setel apa2 yang patut disetelkan, aku tak tau nak wat pe. Just jahit butang kat baju kebaya aku. Dah lama butang kancing tu tanggal, tapi malas punyer pasal, tak jahit2 pun sampai la ada mood nak jahit balik malam semalam :p Klu mak aku tau, mesti kena marah. Hehe.
Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat tarawih pada bulan Ramadhan:

Malam 1 : Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 : Diampunkan dosa dosa orang mukmin yang solat tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 : Berseru malaikat di bawah 'Arasy supaya kami meneruskan solat tarawih terus menerus, 'semoga Allah mengampunkan dosamu.'

Malam 4 : Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 : Allah kurniakan baginya pahala orang-orang yang bersembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.

Malam 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

Malam 7 : Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman.

Malam 8 : Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.

Malam 9 : Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 : Allah Subhanahu wa Ta'ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 : Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Malam 12 : Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 : Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 : Datang malaikat menyaksikan ia bersembayang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 : Semua malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 : Allah Subhanahu wa Ta'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam 17 : Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala para nabi.

Malam 18 : Seru malaikat, 'Hai hamba Allah! sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).'

Malam 19 : Allah Subhanahu wa Ta'ala tinggikan darjatnya didalam syurga Firdaus.

Malam 20 : Allah kurniakan kepadanya pahala sekian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 : Allah binakan sebuah istana dalam syurga daripada nur.

Malam 22 : Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di padang mahsyar).

Malam 23 : Allah Subhanahu wa Ta'ala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam syurga daripada nur.

Malam 24 : Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 : Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26 : Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun beribadat.

Malam 27 : Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratul Mustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 : Allah Subhanahu wa Ta'ala kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 : Allah Subhanahu wa Ta'ala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 : Allah Subhanahu wa Ta'ala beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: 'Wahai hambaKu, makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar'
-Diamik dari blog Spiral -
Hari pertama berpuasa...

Pagi tadi dikejutkan oleh seseorang. Terasa malas je nak bangun sebab kat luar hujan renyai2. Sedapnye tido :p Anyway, thanks sbb kejutkan :)

Walaupun mata masih ngantuk, tapi kene gagahkan diri bangun & pegi gosok gigi, basuh muka kat bilik air. Then pakai cardigan (sejuk! brr...), bungkus balik dalam comforter sambil terkebil2 tengok makanan untuk sahur - kurma & susu (haha! Malasnya anak dara nih nak masak utk sahur!) . Breakfast in bed. Lepas subuh, baru dapat tido balik.

Tak tau la camane nak bukak puasa petang nih. Utk tahun2 lepas, aku akan gi Pasar Ramadhan atau pesan kat member2 rumah supaya tolong belikan makanan untuk aku berbuka. Then kitaorang akan berbuka puasa ramai2. Meriah je time tu. Lepas tu pergi solat terawih kat masjid ramai2. Aku akan bonceng ngan Kak Za.

Tapi tahun ni aku dah pindah rumah. Dah tak de sapa2 nak bukak puasa ngan aku. Sedihnya. Uwaa!!
Was it you who spoke the words that things would happen but not to me
Oh things are gonna happen naturally
Oh taking your advice
I'm looking on the bright side
And balancing the whole thing

Oh but it often times those words get tangled up in lines
And the bright light turns to night
Oh until the dawn it brings
A little bird who'll sing about the magic that was you and me.

Cause you and I both loved
What you and I spoke of
And others only read of
Others only dream of the love,
Oh the love that I love.

See, I'm all about them words
Over numbers, unencumbered numbered words
Hundreds of pages, pages, pages forwards
More words than I had ever heard and I feel so alive

Oh, then you and I, you and I
Not so little you and I anymore
Oh and with this silence brings a moral story
more importantly evolving is the glory of a boy

Cause you and I both loved
What you and I spoke of
And others just read of
And if you could see me now
Well I'm almost finally out of
I'm finally out of
Finally out of, deedeedeedee
Well I'm almost finally, finally
Well I am free, oh, I'm free.

And it's okay if you have go away
Oh, just remember the telephone
Well, they're working it both ways
And if I never ever hear it ring
If nothing else I'll think the bells inside
Have finally found you someone else and that's okay
Cause I'll remember everything you sang.

Cause you and I both loved
what you and I spoke of
and others just read of
and if you could see me now
Well I'm almost finally out of.

I'm finally out of,
finally out of, deedeeedeedeedee
well I'm almost finally, finally, finally out of words.

-lagu orang yang dah break-
Malam semalam aku gi membelasah bulu tangkis... dan tangan aku sendiri. Walaupun bulu tangkis tu tak ape2 dan lebih teruk dibelasah oleh orang lain, tapi aku puas. Cuma pagi nih agak menyesal tak buat warm up pergelangan tangan sebab huhu, my wrist felt like heavy lead, I can't lift it without putting extra efforts and wincing every time. Dah lama tak main badminton. Semalam je tetiba terasa nak main badminton untuk lepaskan perasaan yang terpendam dalam diri aku.

Aku tak boleh terus-terusan macam nih.

Mesej Kak Za aku tenung. Aku termenung memikirkan akibat & kesannya. Pros & Cons. Aku rasakan sudah cukup aku bersabar. I can't take it anymore. Apa2 pun risiko yg akan aku tanggung, nilainya sedikit berbanding ketenangan yang akan aku dapat. Sejak kebelakangan nih, perasaan aku selalu tertekan. Aku tak boleh luahkan kepada sesapa, aku tak boleh lari dari situasi, aku masih tak boleh terima. Bukan ini yang aku jangkakan bila aku buat keputusan tu empat bulan lepas. Umpama lari dari mulut harimau masuk ke mulut buaya. Aku ingatkan akan meringankan beban aku selama nih, rupa2nya. Aku bertambah sakit kepala.

I have to make some adjustments to life as I have become a stranger even to myself - sensitive, easily irritated, easily moody and prefer to be left alone. It affects my brain, my relationship with others & my attitude towards work and life. I have to separate these two - who / what belongs at work, should remain at work. Who / what belongs at home, should be confined to home.

I have to save my sanity. I will accept this offer.

Anggap je cara hidup kitaorang berbeza. Anggap je keputusan ni yang terbaik untuk kedua2 aku dan dia.

I have come to a point in my life where I'm wondering what am I doing here and how is this relevant to what I want in life.

It doesn't make sense, you know. Wherever I turn to, I'm not happy. I'm not happy where I'm staying, I'm not happy where I'm working, I'm not happy complaining about it here in my blog. I'm not happy with the fact that I can't do anything about it.

People tell me I got to believe in hikmah. I have to endure this and then things would fall into their places. Then I'll get it. W-e-l-l... Hikmah is one thing, but God doesn't change anything unless we go and change it, isn't it? How do we know when it's not hikmah anymore and it's time to breakaway? Take a chance, make a change, that's what Kelly Clarkson said.

Isn't it when it comes to a point where nothing brings pleasure anymore?

OK. I apologize for that. There are things and people who still make me smile, you know, actually smile without having to fake it. There are simple pleasure in listening to songs on MP3 player. Of chocolate. Of riding my bike. Of blogging. Of sweet sms.

And there are tremendous pleasure in talking to listening ear, in getting the attention, and well. To be someone's priority. Yeah, I know, I sound like 'me-me-me' person, don't I? That's coz I'm tired of giving the attention, and not getting it back. I live by the rule of 'what you give, you will get back'. It works with charity, what? At least I'm being honest to myself here. Before I can make people happy, I must be happy myself.
Ahem. Rajin betul hapdet blog sampai dua kali arinih Ekceli, terlupe nak citer pasal kenduri. Semalam, dapat undangan 2 kenduri. Dua2 aku tak pi Tak de member nak gi sama. Lagipun aku dah pi majlis nikah dieorang dulu. So tak de la terasa bersalah sangat

Aku gi ngan Kak Za & Yana. Kenduri tu kat Kulai. Aku tak kenal pun ngan pengantinnya. Ada dua pasang pengantin, adik & kakak buat kenduri sekali harung. Jimat belanja kot Kiteorang ikut je keta kat depan kiteorang, punyelah tak tau jalan. Tapi selamat sampai gak ke tempat kejadian.

Oleh sebab aku tak bawak baju kurung ke Taman U, aku pinjam baju kurung Kak Za. Puas la minah dua orang tu gelakkan aku sebab aku nampak kecik je pakai baju tu. Baju tu bunga dier kecik2, that's why aku pun nampak kecik juga di dalam proses mengkecikkan badan ni (Btw, berat dah turun ke berat idaman aku! 47 kg! Waaaahhhh!!! Lepas nih tinggal nak maintain je. Alhamdulillah...)

Sebelum tu hujan turun ngan lebatnyer. Bila sampai kat rumah pengantin, hujan dah renyai2 je. Aku, Kak Za & Yana pun berjalan ngan ayunye sebab banyak lopak. Aku kepit hadiah pengantin sambil angkat kain takut basah. Tengah konsentrat memikirkan selok-belok yang bakal dilalui, tetiba puup!

Hadiah jatuh dalam lopak. Semua orang tengok. Muka aku dah merah padam. Dah nak nangis. Aku kutip hadiah, pusing & tengok Kak Za & Yana tersengih2.

'Kak Zaa...' Uwaaa!! Kak Za amik hadiah kat tangan aku, carik tisu & lapkan. Then Yana letak balik dalam plastik.

'Isk, camane awak nih, bawak hadiah...' Kak Za dah gelakkan. Aku terdiam, pastu tergelak sekali. Muahahah! Kelakar gak, sebab sumer orang dah tengok, senyum2.

Hai, hai... Itulah pengalaman yang memalukan di majlis persandingan orang. Hehe. Balik la, nak solat Maghrib!
Kenapa & mengapa aku memandang ke bawah? Itu pun ada gak yang tanya bila tengok gambar yang blur tu Sebenarnya masa tu aku, Jen, Ainie & Chairman kat KLIA, nak balik semula ke JHB (JB). Aku tengah rakamkan something kat mp3 player (seperti biasa, mesti nak kenakan si Chairman yang poyos itu) dan aku, Jen & Ainie berdiri dekat2 nak dengar rakaman yang lawak tu Oleh sebab geram dia tak dapat nak join sekali, Chairman pun amik gambar kiteorang. Kalau tengok gambar asal, mesti korang fikir 'Alamak! Apa yang dieorang tiga orang tu tengah buat???'

So dah edit gambar tu, amik gambar aku sorang je. Kalau korang nak tau, jaket jeans tu ialah jaket faveret aku. Hatta gi keje pakai baju kurung pun aku pakai jaket tu jugak! Muahaha!! Style dressing aku gi keje memang slumber je . Apa2 pun dressing yang aku pakai, jaket tu mesti ada. Handbag tak main la . Sekarang kan musim jenayah ragut beg. Aku lebih suka bawak beg sandang kesayangan aku tu. Campak apa2 pun tak pe.

Semalam hari Sabtu tak keje. Aku just melepak kat Skudai, seperti biasa. Sampai2 je kat rumah lama, terus lepak kat dapur. Kalau dah jumpa member... Lepas member aku gi Kulai, aku lepak tengok VCD. Citer 'Kingdom of Heavens'. Tak boring tgk citer tu Sesambil tu aku tunggu petang tu, nak melepak kat cyber cafe. Tunggu punye tunggu, dah abis citer, aku pun hantar msg kat member tu, tanya nak YM ke tak nih. Tak de reply. Aku pun tengok citer 'Charlie & The Chocolate Factory'. Tapi dah tak konsentret sebab hari dah nak hujan. Lepas dua jam tak de reply, aku pun kensel kan plan nak gi cc. Baik aku lepak ngan Kak Za.

Malam tu, kiteorang gi survey handphone. Aku berminat ngan model Nokia 3120:

Aku terpaksa terima hakikat handphone tu dah uzur Walau apapun, aku tetap sayang kat Nokia 3210 aku tu. I always love u bebeh! Masa tengah survey hp tu, kiteorang jumpa ramai minah Indon tengah beli / survey handphone jugak. Bulat mata kiteorang tengok dieorang beli handphone yang canggih2. Tak macam kiteorang. Aku pegang lengan Kak Za erat2, & bisik, 'Err, sapa yang keje kilang nih Kak Za? Kite ke, dieorang?' Mana tak, dieorang mampu beli handphone yang RM1000++, sedangkan bajet aku tak sampai pun RM400. Aku tak terasa macam Exec. la. Handphone baru pun tak termampu nak beli, apa lagi keta sebijik.

Sememangnya aku suka lepak kat Taman U. Seronok. Inilah geng aku dari zaman lepas abis Uni, sampai sekarang. Dari zaman makan sardin tetiap hari, sampai la tak makan apa2 sebab nak diet Plus weekend, boleh lepak kat cc. Hehe. Kalau sapa2 terasa nak chatting ngan aku, bley la add aku kat Yahoo! Messenger. Zaanks! @->--