3 pagi?

'Eh, you CC department. You'll be there, kan?' Ricky tanya masa aku lalu kat belakang dia.
Aku berdiri sambil menggosok dagu. Macam la ada janggut.

'You? Ur gonna be there jugak ke?' Aku pusing & tengok Chairman.
'A'ah la.'
'Ainie?'
Ainie jenguk kat dalam bilik, ke arah bos dier. 'I dun have to go kan?' Lepas tu dia buat muka monyok.
'Of course la I have to be there. I'm in PR kan?'

Nak buat camane? Ni bukan first time kena terlibat dalam aktiviti paranormal nih (macam citer the X-Files la plak kan?)

'So? Pastu you guys nak balik rumah, bukak puasa & then balik sini lagi?' aku tanya Ainie & Chairman.
'Tak la. Gi main bowling...' Chairman jawab selamba.
Aku baru je nak bukak ceramah agama ngan Chairman, bila dia sambung,
'Lepas semayang terawih la. Ikut sunnah Nabi. 8 rakaat je.' Tak jadi nak berleter kat dia, aku terus tergelak. 'Poyos!'

Nampaknya malam nih lepas terawih & tadarus, tak leh terus tido. Pukul 11 malam dah nak kena ada kat opis. Bawak kamera. Biasalah, jurugambar kompeni. So lepas abis menjalankan tugas, sahur & tido! Nasib baik esok bos kasi cuti. Orait la tu.

0 comments:

Post a Comment