Al-Kisahnya...

Kenapa & mengapa aku memandang ke bawah? Itu pun ada gak yang tanya bila tengok gambar yang blur tu Sebenarnya masa tu aku, Jen, Ainie & Chairman kat KLIA, nak balik semula ke JHB (JB). Aku tengah rakamkan something kat mp3 player (seperti biasa, mesti nak kenakan si Chairman yang poyos itu) dan aku, Jen & Ainie berdiri dekat2 nak dengar rakaman yang lawak tu Oleh sebab geram dia tak dapat nak join sekali, Chairman pun amik gambar kiteorang. Kalau tengok gambar asal, mesti korang fikir 'Alamak! Apa yang dieorang tiga orang tu tengah buat???'

So dah edit gambar tu, amik gambar aku sorang je. Kalau korang nak tau, jaket jeans tu ialah jaket faveret aku. Hatta gi keje pakai baju kurung pun aku pakai jaket tu jugak! Muahaha!! Style dressing aku gi keje memang slumber je . Apa2 pun dressing yang aku pakai, jaket tu mesti ada. Handbag tak main la . Sekarang kan musim jenayah ragut beg. Aku lebih suka bawak beg sandang kesayangan aku tu. Campak apa2 pun tak pe.

Semalam hari Sabtu tak keje. Aku just melepak kat Skudai, seperti biasa. Sampai2 je kat rumah lama, terus lepak kat dapur. Kalau dah jumpa member... Lepas member aku gi Kulai, aku lepak tengok VCD. Citer 'Kingdom of Heavens'. Tak boring tgk citer tu Sesambil tu aku tunggu petang tu, nak melepak kat cyber cafe. Tunggu punye tunggu, dah abis citer, aku pun hantar msg kat member tu, tanya nak YM ke tak nih. Tak de reply. Aku pun tengok citer 'Charlie & The Chocolate Factory'. Tapi dah tak konsentret sebab hari dah nak hujan. Lepas dua jam tak de reply, aku pun kensel kan plan nak gi cc. Baik aku lepak ngan Kak Za.

Malam tu, kiteorang gi survey handphone. Aku berminat ngan model Nokia 3120:

Aku terpaksa terima hakikat handphone tu dah uzur Walau apapun, aku tetap sayang kat Nokia 3210 aku tu. I always love u bebeh! Masa tengah survey hp tu, kiteorang jumpa ramai minah Indon tengah beli / survey handphone jugak. Bulat mata kiteorang tengok dieorang beli handphone yang canggih2. Tak macam kiteorang. Aku pegang lengan Kak Za erat2, & bisik, 'Err, sapa yang keje kilang nih Kak Za? Kite ke, dieorang?' Mana tak, dieorang mampu beli handphone yang RM1000++, sedangkan bajet aku tak sampai pun RM400. Aku tak terasa macam Exec. la. Handphone baru pun tak termampu nak beli, apa lagi keta sebijik.

Sememangnya aku suka lepak kat Taman U. Seronok. Inilah geng aku dari zaman lepas abis Uni, sampai sekarang. Dari zaman makan sardin tetiap hari, sampai la tak makan apa2 sebab nak diet Plus weekend, boleh lepak kat cc. Hehe. Kalau sapa2 terasa nak chatting ngan aku, bley la add aku kat Yahoo! Messenger. Zaanks! @->--

0 comments:

Post a Comment