Because. I NEED to be happy.

Malam semalam aku gi membelasah bulu tangkis... dan tangan aku sendiri. Walaupun bulu tangkis tu tak ape2 dan lebih teruk dibelasah oleh orang lain, tapi aku puas. Cuma pagi nih agak menyesal tak buat warm up pergelangan tangan sebab huhu, my wrist felt like heavy lead, I can't lift it without putting extra efforts and wincing every time. Dah lama tak main badminton. Semalam je tetiba terasa nak main badminton untuk lepaskan perasaan yang terpendam dalam diri aku.

Aku tak boleh terus-terusan macam nih.

Mesej Kak Za aku tenung. Aku termenung memikirkan akibat & kesannya. Pros & Cons. Aku rasakan sudah cukup aku bersabar. I can't take it anymore. Apa2 pun risiko yg akan aku tanggung, nilainya sedikit berbanding ketenangan yang akan aku dapat. Sejak kebelakangan nih, perasaan aku selalu tertekan. Aku tak boleh luahkan kepada sesapa, aku tak boleh lari dari situasi, aku masih tak boleh terima. Bukan ini yang aku jangkakan bila aku buat keputusan tu empat bulan lepas. Umpama lari dari mulut harimau masuk ke mulut buaya. Aku ingatkan akan meringankan beban aku selama nih, rupa2nya. Aku bertambah sakit kepala.

I have to make some adjustments to life as I have become a stranger even to myself - sensitive, easily irritated, easily moody and prefer to be left alone. It affects my brain, my relationship with others & my attitude towards work and life. I have to separate these two - who / what belongs at work, should remain at work. Who / what belongs at home, should be confined to home.

I have to save my sanity. I will accept this offer.

Anggap je cara hidup kitaorang berbeza. Anggap je keputusan ni yang terbaik untuk kedua2 aku dan dia.

0 comments:

Post a Comment