BonusLink Points & Mega Sales... and Terawih

Semalam hujan lebat. Tak dapat balik awal. Kena bukak puasa kat opis dengan Jen. Jen baru belajar makan nasi kerabu. Kesian Jen. Hari kedua berbuka pun makan nasi kerabu jugak :p Nasi faveret aku tu. Dah terbiasa dok ngan gewe2 Kelate, makanan kegemaran pun dah terikut2 dari pantai timur gak.

Lepas bukak puasa, gi solat Maghrib. Waktu tu hujan masih renyai2. Balik dari solat Maghrib, hujan dah lebat & diikuti ngan kilat & petir. Lepak la kat opis ngan Jen. Cukup2 nak masuk waktu Isya', aku pun mintak diri nak ke surau sekali lagi. Kali nih aku cakap lama sket la kat surau, pasal alang2 dah Isya', nak terawih terus la. Time nilah Jen buat ralat.

'Jen, I'm going to stay at surau for quite some time tau.'
'Why?'
'Got solat terawih.'
'What's that?' Jen bersungguh2 nak tau.

Aku duduk balik untuk terangkan konsep solat terawih kat Jen. Tapi baru nak bukak mulut, aku mati akal.

Jen tau orang Islam kene solat 5 waktu (Jen memang garang, kalau sapa2 tak gi semayang, dia yang tolong sound! :p hehe. Sorry Jen!). Jen faham konsep pahala ni macam mata ganjaran Bonuslink (mana dia dapat idea nih pun aku tak sure). Makin banyak buat baik, makin banyak mata ganjaran, at the end of the day, boleh tuntut hadiah (masuk syurga).

'It's like...' aku memulakan ngan teragak2.
Jen terus menanti sebuah jawapan (cey, macam lagu kumpulan Padi la plak).
'It's like you're having a Mega Sales Carnival once in a year & you can accummulate more Bonuslink points, Jen!' akhirnya terhambur jugak analogi aku tu kat Jen.
Jen terlopong, lepas tu tergelak.
'I see....'

Aku bangun ngan lega. Nasib baik la minah ni kaki shopping. Tak susah nak bagi dia faham apa itu terawih. Hehe.

0 comments:

Post a Comment