Kenduri-Kendara...

Ahem. Rajin betul hapdet blog sampai dua kali arinih Ekceli, terlupe nak citer pasal kenduri. Semalam, dapat undangan 2 kenduri. Dua2 aku tak pi Tak de member nak gi sama. Lagipun aku dah pi majlis nikah dieorang dulu. So tak de la terasa bersalah sangat

Aku gi ngan Kak Za & Yana. Kenduri tu kat Kulai. Aku tak kenal pun ngan pengantinnya. Ada dua pasang pengantin, adik & kakak buat kenduri sekali harung. Jimat belanja kot Kiteorang ikut je keta kat depan kiteorang, punyelah tak tau jalan. Tapi selamat sampai gak ke tempat kejadian.

Oleh sebab aku tak bawak baju kurung ke Taman U, aku pinjam baju kurung Kak Za. Puas la minah dua orang tu gelakkan aku sebab aku nampak kecik je pakai baju tu. Baju tu bunga dier kecik2, that's why aku pun nampak kecik juga di dalam proses mengkecikkan badan ni (Btw, berat dah turun ke berat idaman aku! 47 kg! Waaaahhhh!!! Lepas nih tinggal nak maintain je. Alhamdulillah...)

Sebelum tu hujan turun ngan lebatnyer. Bila sampai kat rumah pengantin, hujan dah renyai2 je. Aku, Kak Za & Yana pun berjalan ngan ayunye sebab banyak lopak. Aku kepit hadiah pengantin sambil angkat kain takut basah. Tengah konsentrat memikirkan selok-belok yang bakal dilalui, tetiba puup!

Hadiah jatuh dalam lopak. Semua orang tengok. Muka aku dah merah padam. Dah nak nangis. Aku kutip hadiah, pusing & tengok Kak Za & Yana tersengih2.

'Kak Zaa...' Uwaaa!! Kak Za amik hadiah kat tangan aku, carik tisu & lapkan. Then Yana letak balik dalam plastik.

'Isk, camane awak nih, bawak hadiah...' Kak Za dah gelakkan. Aku terdiam, pastu tergelak sekali. Muahahah! Kelakar gak, sebab sumer orang dah tengok, senyum2.

Hai, hai... Itulah pengalaman yang memalukan di majlis persandingan orang. Hehe. Balik la, nak solat Maghrib!

0 comments:

Post a Comment