Pose First Day

Aku nak menyambut pose tahun nih ngan serba sederhana. Penat aku nak kuruskan badan jadi aku tak nak la usaha aku tu sia2 je time bulan pose yang terkenal sbg bulan makan :p Kalau tak caya, gi la mana2 Bazar Ramadhan. Berlambak makanan dijual, lebih banyak dari bulan-bulan biasa. Tahun lepas, berat aku naik mendadak time bulan pose la. Lepas tu terus naik & naik... & naik lagi... (efek gema suara kat sini)

Petang semalam, aku bukak pose kat opis dengan ditemani oleh Jen. Mula2 bercadang nak gi Taman U nak beli stok makanan utk sahur arinih, then tukar fikiran nak gi IOI plak (kononnya dekat sket). Last2 malas + letih punyer pasal, aku pun tak gi langsung! Balik je dari beli nasi kerabu & air milo, aku terus terduduk kat opis sambil teman Jen wat keje. Then borak2. Then tup, tup, azan. Lepas makan, borak2 lagi. Agak2 dah nak tergelincir Maghrib, baru la gi surau :p (hehe...) Jen abis je hapdet blog dier, ajak dier gi beli roti + susu (sihat tulang & gigi aku tetiap ari minum susu) utk sahur. Barulah balik rumah bahagia aku selalu.

Begitulah pengalaman first day aku berpuasa tahun ni ;) Malamnya, lepas setel apa2 yang patut disetelkan, aku tak tau nak wat pe. Just jahit butang kat baju kebaya aku. Dah lama butang kancing tu tanggal, tapi malas punyer pasal, tak jahit2 pun sampai la ada mood nak jahit balik malam semalam :p Klu mak aku tau, mesti kena marah. Hehe.

0 comments:

Post a Comment