Sakit Gastrik

Sakit perut. Buat pertama kali dalam sejarah hidup, aku diserang gastrik masa bulan pose.

Ni sumer gara2 makan tomyam. Huhu...! Hari Khamis tu, aku diserang sakit perut yg menyebabkan aku terpaksa berulang-alik ke toilet. Tak tau la apa yg aku makan sampai sakit perut tu. Jen cakap aku dah 'risked ur life for 3 days, Carneyz.' Ye ke? Anyway, aku tracked balik apa yg aku makan sepanjang minggu nih. Yg aku highlight warna merah tu mungkin menyebabkan aku sakit perut masa hari Khamis & Jumaat:

Isnin: Tak sure la. Makan apa ek? Nasi ayam kot.

Selasa: Makan nasi beriani gam 'plastik'. Kisahnya aku masukkan nasi beriani ni ngan bekas2 polisterin nyer sekali dalam oven. Ngan happily ever after nya aku set 5 minit, bancuh air & 'ting!' aku bukak oven & bau polisterin menusuk hidung. Tapi aku melantak gak sebab dah beli kan. Sedap.

Rabu: Makan nasi ambang + kek besday Jen (yg dah berusia 3 minggu terperuk dalam peti sejuk. Tapi Ainie ngan Jen pun makan kek tu jugak, tak de apa2 pun. Jen makan dadih, pun sihat walafiat jugak).

Khamis: Setelah seharian membuang sumer isi perut aku, aku makan kuih dulu (share ngan Jen. Tapi Jen sekali lagi membuktikan dia bayi sihat). Pas tu makan tomyam + nasi.

Jumaat: Sakit perut macam nak pitam, bawak motor gi klinik macam nak pengsan, then lepas tu balik rumah, guling2 atas katil macam nak mati. Sakit woo... nak muntah2 pun ada, nangis2 pun ada gak. Begitulah azabnya sakit gastrik nih.

Ah, well. Salah aku gak. Tak jaga kesihatan. Apa2 pun, arinih dah rasa sihat sket. Kene masuk opis sbb bos nak news release tu sebelum hari Isnin nih. Huhu... Uwaa!! Tgh sesorang kat opis sambil buat news release + dgr cd.

0 comments:

Post a Comment