Balik Kampung (Part 1)

Image hosted by Photobucket.com

'Perjalanan jauh tak kurasa, kerna hatiku melonjak sama...'

Dah seminggu tak hapdet blog. Yelah, aku balik kampung, nun jauh di Sarawak. Dengan diiringi lagu pakcik Chairman nih aku bersemangat je menempuh perjalanan yang ala2 iklan 'Pandu, Tunggang, Berjalan & Melintas Ngan Selamat'. Tapi tak de lah naik keta lembu sebab tak de lembu nak ditumpang!

2 November. Aku terbangun lambat sket, dlm pukul 5.10 pagi baru bangkit nak sahur. Nasib baik dah kemas barang2 nak bawak balik. Lepas sahur, mandi, solat subuh, & kemas bilik sepantas kilat, aku pun sarungkan jaket kesayangan aku & meredah angin subuh yang sejuk giler. Flight pukul 7 pagi. Jadi kena check in pukul 6.15 pagi lagi. Flight transit di Kuching. Then dari Kuching, aku naik plak flight ke Sibu. Sesampainya di Sibu, sepupu aku dah tunggu. Mulanya aku plan nak balik kampung naik bot ekspres dari Sibu. FYI, kampung aku terletak di tengah2 Mukah & Sibu. Kalau naik bot ekspress, dalam 3-4 jam dah sampai. Tapi bila dah sampai kat wharf ekspres, bot dah tak de. So, balik rumah sepupu aku & tido kat rumah dia je.

3 November. Pukul 10 pagi, Pak Long (tapi bagi orang Sarawak, kiteorang panggil Wa utk pakcik / makcik paling sulung) dah bising ngan kiteorang suruh cepat sket bersiap. Kiteorang singgah kat rumah Pak Uda (tapi kiteorang panggil Long pulak, muahaha! Mesti korang kompius tapi tak pe) sebab dia nak konvoi sekali balik kampung. Long bawak Pajero, Wa bawak Waja. Long bawak laju giler sampai Wa berleter sebab dia tak suka bawak laju2 tapi kene kejar Long jugak. Hehe.

Jalan tak yah cakap la. Nasib baik aku tak pose, boleh gak aku makan gula2 berangin kasi kurang sket mual & fening2 sepanjang perjalanan. Lubang sana sini, jalan berbatu2, tanah pasir la... patut la kadar eksiden kat Sarawak jauh lebih rendah dari di Semenanjung Malaysia. 3 jam kemudian, sampai kat Mukah. Long ajak singgah kat pasar tamu, nak beli ikan & 'umai'. Sebagai orang Melanau, wajiblah makan umai. Gambar no. 1 tu ada tunjuk 'umai' (ikan mentah yg dihiris halus2, cuci sebersih2nya, taruk cili, limau, halia, bawang, garam & gula secukup rasa). Dari Mukah ke kampung aku plak amik masa 2 jam. Nasib baik jambatan Mukah dah siap, so tak yah nak tunggu feri macam tahun2 sebelumnya. Long aku sempat bawak kiteorang singgah kat tepi pantai la, kat kebun la, baru la sampai ke rumah.

Seronoknya bila dah sampai kampung. Hilang rasa penat & fening2 dalam keta bila tengok rumah kampung aku (Gambar No. 3). Lepas angkut barang masuk rumah, kene carik mak ayah aku nak bersalam. Tengok ayah aku ngan Pak Su (Usu pakai baju belang merah & putih) tengah bakar ikan kat belakang rumah (gambar no. 2). Bagi hilangkan fening2, aku gi lepak jap kat jambatan kat belakang rumah. Tengok Sungai Batang Igan yang airnya macam teh susu. Lega & segar rasa badan bila dah menghirup udara segar kat jambatan (gambar no. 4 & 6).

Agak2 dah hilang penat, aku pun naik ke dapur. Tolong la apa2 yg patut sebab dah nak bukak pose. Rumah kampung aku nih didiami oleh atok aku (kiteorang panggil Pak Yeng, Mak Yeng dah meninggal dunia) & mak sedara aku (Udak). Kalau Usu balik dari UiTM, Usu pun dok kampung jugak. Tapi kalau raya, sumer adik beradik ayah aku akan balik. Tahun ni je, ada 26 orang berkumpul kat rumah. Dari setua2 Pak Yeng (72 tahun), ke semuda2 adik sepupu aku (2 tahun). Untuk hari terakhir bulan pose tahun nih, lauk yang dimasak ialah:

1. Ikan bakar (orang S'wak panggil 'ikan tunuk')
2. Umai
3. Sagu (sagu nih bukan la sagu yang campur dalam air / bubur tu, tapi sagu dari tepung sagu, bentuk dier bulat2 & warna dier kelabu-coklat. Ni makanan ruji orang Melanau, makan ngan umai)
4. Linut (ganti nasi, buat dari tepung kanji digaul ngan air panas sampai dier jadi macam gam) - makan ngan apa2 yang berkuah / sambal belacan
5. Sambal belacan & ulam2
6. Sayur nangka masak lemak (makan ngan linut)
7. Ayam masak merah
8. Sayur campur
9. Air kelapa

Tengoklah gambar family aku berbuka pose. Tak cukup meja, sampai kena makan kat lantai. Biasanya yang lelaki akan makan di meja. Mengikut kajian tesis aku, nih memang budaya orang Melanau sebab orang Melanau ialah masyarakat bersifat 'patriach'. Maksudnya, meletakkan status orang lelaki tinggi sedikit dari orang perempuan.

Malam tu, bila diumumkan je besok raya, semua buat tugas masing2. Lelaki akan kemas rumah, sapu2 & bentang tikar, susun pasu bunga etc. Perempuan akan sibuk kat dapur, masak2. Mak Ngah masak kari ayam. Mak masak rendang daging, ayam kurma, & laksa Sarawak. Adik aku & adik sepupu aku yang Tingkatan 1 & 2 disuruh basuh bekas2 letak biskut & kuih supaya besoknya tak kelam-kabut sangat. Kiteorang kene sediakan bahan2 nak masak. Ada yang iron baju raya untuk sumer orang. Memang havoc la rumah aku malam sebelum raya. Sepupu2 and adik2 aku yang kecik pulak main bunga api kat luar. Seronoknya dieorang. Malam sebelum raya, tido pukul 1 pagi. Letih giler! Tapi seronok :)

Hehe. Lepas nih, citer pulak suasana raya di rumah aku ;) Memang best. Mana tak. Macam nak roboh rumah papan kat kampung tu. Tapi Pak Yeng tak kesah. Dia hepi je kiteorang balik.

Bersambung...

0 comments:

Post a Comment