Di tasik lagi...

Aku terjaga dalam pukul 4 petang. Buat kesekian kali kesunyian rumah begitu mendamaikan. Nak sambung tidur tapi mata dah tak mengantuk. Aku bangkit.
Lepas mandi, aku terasa segar. Aku ke dapur, menuangkan air ke dalam mug dan berdiri di depan sinki sambil termenung ke luar tingkap. Cuaca mendung, macam dalam hati aku jugak. What a perfect day, desis hati. It reminds me of a world far away.
I knew exactly what I wanted to do. Aku nak bagi ikan di tasik makan. Macam suatu masa dulu. Ada satu ketenangan abadi bila duduk di jambatan sambil bagi ikan makan. Sebelum keluar rumah, aku sempat pegi buang sampah. Walaupun bukan rumah aku, tapi aku rasa prihatin tentang kebersihan rumah.
Melalui jalan ke gerbang UTM, aku begitu rindu pada tempat yang mengajar aku tentang kehidupan. Pohon-pohon rendang di kiri dan kanan tunduk memayungi jalan. Begitu cantik UTM, dan begitu sepi hati aku.
Cebisan roti yang aku lempar ke tasik disambar ngan cepat oleh ikan2 yg lapar. Kali nih ada ikan sembilang. Mesti tak lama lagi ada pertandingan memancing. Memancing mengingatkan aku ngan seseorang. Sedih. Sedih.
Ya Allah, I felt like plunging my hand inside me and pulled out my heart. Here God, please make it pure again! I have sinned, and I have lost myself. I beg of You, kembalikan cahaya iman itu!
Aku telah berdosa dan aku tidak tahu bagaimana menebus dosa itu.

0 comments:

Post a Comment