Pelaburan dalam ASB

Aku bercadang nak melabur dalam ASB memandangkan dividen ASB tinggi & menguntungkan. Daripada duit aku dok dlm bank cam tu je, baik la aku melaburkannya secara selamat. Tapi, baru2 nih member aku cakap pelaburan ASB diragui sebab mungkin bercampur ngan pelaburan haram. So aku pun gi lah portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk memastikan ke'halal'an ASB.

Soklan:
Assalamualaikum, ustaz saya keliru dengan hukum melabur di dalam ASB. Ada pihak yang mengatakannya halal dan ada pihak yang mengatakannya haram. Bolehkah ustaz tolong huraikan mengenai pertelagahan ini ?
Jawapan:
Merujuk kepada Majlis Fatwa Negeri Kedah melabur dalam ASB adalah harus. Tuan dinasihatkan supaya melabur dalam mana-mana institusi yang telah difatwakan halal. Mengikut fatwa negeri Kedah dan Perak hukum melabur dalam ASB adalah harus dan dividennya halal.
Insya Allah, lepas ni boleh la aku gi POS Malaysia amik borang ASB. To all my Muslim friends, kalau ada apa2 kemusykilan tentang hukum-hakam agama, boleh la melawat portal JAKIM :)

0 comments:

Post a Comment