Desktop Aku Yang Wonderful

Image hosting by Photobucket
Koleksi patung mainan atas meja opis aku dah bertambah lepas balik dari makan di McD dengan Bib, member baik masa study kat Johor dulu. Seekor moose yang gila berwarna merah dengan tanduk biru kat sebelah seekor patung beruang yang bawak beg sandang dan pakai sweater yang comel, pemberian ex-roommate aku, Eva.

Muka patung beruang tu berkerut sebab kawasan koleksi hiasan meja tu dah sempit pastu dapat roommate baru plak. Depan patung beruang ada sebuah jam merangkap kalkulator digital yang aku dapat free bila aku ngan Layla sign up kad kredit yg sampai la nih aku tak amik pun. Sebelah jam ada photoframe gambar mak. Pastu ada sebiji botol berbentuk bintang berisi batu geliga berwarna-warni yg Bedah pernah sangkakan gula2. Pastu ada cawan dengan patung koala 'I love Australia' bergayut di atas cawan kecik tu. Aini yang kasi.

Kat belakang, ada teddy bear kuning yg kecik dan comot aku kutip kat mana2 entah. Pastu ada patung gajah ngan belalai pink. Kesian patung gajah ni, anak terbuang. Pakcik buang kat atas meja aku. Hehe. Sebelahnya ada photoframe ngan kata2 hikmat, dan last sekali ada lilin berukir bunga matahari aku dapat masa gi majlis Esah kat Pahang dulu.

Sebenarnya semua perhiasan yang aku taruk atas meja nih pemberian orang. Maklumlah, member2 aku sumer baik2 belaka. Kalau dieorang tak baik pun, aku paksa dieorang jadi baik. Misalnya, sebelum Chairman pergi ke Dubai, aku dah mengingatkan awal2 supaya dia berbaik hati membelikan cenderahati utk kengkawan kat opis. Muahaha! Jadi, selepas ini, perhiasan di atas meja akan terus berkembang-biak, sepertimana shopping complex di merata2 dunia materialistik nih.

0 comments:

Post a Comment