Kena Tag Lagi!

Ekceli, aku malas nak citer pasal biografi aku nih. Tapi sebab dah janji ngan Amy kan, so aku pun rela tak rela, citer je la...

Nama Penuh mengikut dalam surat kelahiran : Aargh! Aku kan anonymous entity...


Nama manje brutal: Carneyz

Umur : 23 tahun, tapi sebab badan saiz kecik, org selalu ingat aku budak sekolah. Hampeh. Penah kena tanya umur baper masa beli tiket movie yg 18PL.
Tarikh Lahir : Jun, 23 tahun dulu. Hehe.
Anak ke : 2, plg degil dan tak suka balik. Tapi klu balik, anak yg wonderful, wonderful ;)
Kini Menetap di : Kay- El. I miss JB...
Kelahiran : Kuching, Sarawak.
Status : Tak de kaitan. Gi main jauh2.
Pekerjaan : Corporate Slave
Hobi : Blogging, design, dan apa2 yg lucu dan buatkan aku gelak
Artis Kesukaan : Haper kejadah aku nak suka kat artis. Aku suka lagu je.
Haiwan Kesayangan : Aku sayang sumer especially kucing, hamster, kuda, ikan, kura2 tapi aku tak sayang lipas dan cicak. Kalau nampak lipas akan terserlah sifat keperempuanan aku - (Haha! Jen, remember that nite when that anak lipas suddenly shot out of my luggage bag and then we both spent the time screaming and jumping up & down in hysterics?)
Warna Kegemaran : Suka purple, tapi klu orang tanya aku cakap suka biru. Kompius la.
Tentang saya yang anda perlu ketahui :
--Sumer benda kesukaan diberi nickname CLK. Cute Little Kriss (sebijik cam tuannya - degil tapi aku sayang giler), Cute Little Komunikator (my lovely bebeh -- Nokia 3210 yg setia bersamaku lebih dari 5 tahun! Cayalah, bebeh! I will always love u! Takde hp yg lebih best dari my CLK...), Cute Little Komputer (hasrat utk memiliki sebuah laptop akhirnya tercapai jua! Alhamdulillah...), Cute Little Kotak Muzik (ahaks! my mp3 player)--
--Moody, tak sapa berani kacau klu aku moody. Memang menakutkan. Tapi kalau tak moody, ketawa tak henti2. Ainie cakap ketawa 'bubbly' yang akan buatkan dia ketawa. So aku pun rekodkan suara kiteorang masa tengah ketawa2. Aku gelak tak best pun. Apalah Ainie nih. Memberi harapan palsu je.--
--Tak suka rumah kotor, tak boleh hidup ngan orang penyepah, dan klu tensen, akan kemas meja yang kelihatan bersepah sebab akan buat pening kepala kalau tengok dalam keadaan berselerak dan semak je! Contoh meja yg selalu jadi mangsa pencerobohan aku time tensen ialah meja Chairman sebab dia tak reti2 berkemas pastu abis kertas2 dia aku buang. Muahaha! Nasib u lah, I dah pindah KL nih. --
--Suka orang buat lawak sebab hobi suka gelak w'pun orang selalu ingat aku serius giler! Biasanya suka kat orang yang pandai buat lawak coz they can move this barrier to reveal the real side of me :) Tapi aku tak reti buat lawak sebab separuh jalan, mesti dah gelak sungguh2, jadi orang tak paham kat mana yang lawak. --
-- Hantu coklat. Hantu teddy bear. Hantu buku citer. Hantu ikan masin. Hantu keja. Hantu blog jugak ;) --

0 comments:

Post a Comment