Arinih sebenarnya kebosanan aku dah tahap dewa, bak kata kawan baik aku time study dulu, Agatha.

Aku bosan dengan projek aku yg masih tergantung tu. Dieorang nak tunggu sampai bila baru nak luluskan? Dah namanya reall-time info, mestilah sentiasa berubah. Abis tu, tak payah ada website? Gitu? Ptuih! Fed up makcik. Makcik FEEEDDDD UPPP!!

.................................

Sekali lagi bila dah fed up jari-jemari melakar kata-kata di blog sepi. Biarkan. Perasaan tertekan ni akan sentiasa menemani aku selagi aku bergelar kuli taraf profesional. Aku lapar. Bila aku bosan aku lapar. Lapar yang bukan disebabkan perut belum diisi apa2, tapi sebab otak belum dikenyangkan dengan sesuatu yang mencabar. Kerutinan hidup macam makan nasi takde lauk. Mula2, mengenyangkan. Lama2, memuakkan.

Bukanlah aku nak mintak cabaran macam pelarian perang. Aku bosan duduk menghadap komputer sehari-hari. Aku suka kerja yang aku boleh berjalan2 ke tempat baru, yang penting aku tak terperap menghadap patung2 hiasan di meja yang sama2 bosan melihat muka aku.

Sudahlah. Daripada aku mengadu tak henti2, baik aku berjalan2 di bawah. Sekurang2nya ada gak yang boleh dilihat. Bosan.

0 comments:

Post a Comment