The Case of a Nutcase.

Semalam, aku berlari di Tasik Titiwangsa. Aku bosan dengan saiz badan aku sekarang. Sejak pindah ke KL, disebabkan kebosanan, aku asyik makan je. Tension je, makan. Lepas makan, tension pulak dengan berat badan.

Aku jadi benci dengan ketembaman pipi dan ke'berat'an aku. Jadi benci pada diri-sendiri. Kenapa aku punya badan yang cepat mengumpul lemak? Kenapa aku gemuk? Kenapa? Kenapa??

Dulu, hanya sekali je aku boleh menurunkan berat badan. Tu pun lepas kecewa teramat sangat sampai tak makan. Aku nak mengalihkan perhatian dari perasaan kecewa tu dan akhirnya buat keputusan nak diet. Diet giler2. Pagi tak makan. Tengahari makan yogurt. Malam tak makan. Kalau tak makan yogurt aku makan biskut sekeping. Bayangkan sehari cuma makan biskut sekeping? Ajaib pulak camane aku tak gastrik.

Dengan segala azab yang dilalui, akhirnya lemak di dalam badan mengalah. Perlahan2, berat aku turun. Tambah pulak dalam department yang banyak berjalan ke hulu ke hilir.

Tapi tak dapat bertahan. Aku pun tak suka diet macam tu. Menyeksa diri-sendiri je, sapa boleh tahan? Walaupun berat turun ke berat yang diidamkan, tapi diri terasa lesu. Perasaan tertekan setiap kali tengok makanan yang sedap2. Tengok coklat dan telan air liur. Tengok nasi dan terasa nak nangis.

Jadi aku pun makan semula. Walaupun aku menghadkan makan, tapi berat terus naik mendadak. Semua usaha aku sia2. Tensionnnnnn!!! Sedangkan aku cuma makan sekali sehari. Tapi entahlah. Memang badan aku cepat naik. Serentak itu, keyakinan diri turun menjunam.

Balik kepada citer aku berlari di Tasik Titiwangsa.

Sejak kebelakangan ni, setiap kali aku tengok diri-sendiri di cermin, ada suara2 bergema di dalam otak aku yang memanggil aku, 'Gemuk, gemuk, gemuk, gemuk...' tak ubah macam suara yang Afdhlin Shauki dengar dalam citer 'Bulik Balik' tu. Masa berlari semalam pun suara yang sama muncul mengejek2 kegemukan aku. Bila aku termengah2x berlari, suara tu dengan biadapnya berbisik, 'Tulah, kau gemuk. Lari pun tak larat. Macam anak gajah.'

Untuk mengalih perhatian aku, aku pandang keliling. Pasangan bercinta bersepah di sana sini. Ada yang berjalan, ada yang duduk berbual dan tak kurang yang duduk sambil makan. Entah kenapa kali nih suara yang berbisik dalam otak aku tu bertukar menjadi suara aku,

'Bertuah betul mamat tu dapat awek slim dan cun. Adakah balak tu yang pandai memilih awek, atau awek tu yang pandai memilih pakwenya??'

Dan masa melimpas pasangan yang menyorong keta sorong bayi, aku jadi seram-sejuk semacam,

'Isk. Kenapa bila dah kawen dan ada anak, yang perempuan mesti bertambah debab dan sihat?? Aku yang tak kawen lagi nipun dah sehat, agaknya kalau dah kawen mesti bertambah2x sehat?? Tidaaakkkkk!'

Aku jadi bertambah benci pada diri-sendiri. Disebabkan badan aku cepat gemuk, aku tak boleh makan sepuas2nya. Disebabkannya jugak, aku rasa bersalah bila aku makan. Aku mesti lari lagi. Mungkin besok aku akan lari lagi. Aku tak suka jadi gemuk. Kalau boleh aku nak kurus macam Nasha Aziz. Atau Kate Moss. Atau sekurang2nya macam awek yang berjalan bersama pakwenya di Tasik Titiwangsa semalam.

Dan sebab tu aku kena berlari dan jangan berhenti berlari.

1 comment:

  1. wau..suka sgt cite tu...jgn putus asa erk....

    ReplyDelete