My Cute Little Kriss

'Kau ni, keras kepala. Mak cakap mak tak nak bawak motor nih, jangan paksa. Isk, isk! Keras kepala betul kau ni! Mak tak nak!' Mak aku dah kelam-kabut masa aku turun dari motor dan menyuruh mak yang bawak motor tu. Masa tu, azan Asar tengah berkumandang dari masjid yang berhampiran.

'Ala mak. Rilek la. Bawak je macam bawak basikal.' Aku terus bonceng kat belakang. Dengan bising dan beberapa kali ulang ayat 'anak keras kepala', mak aku akhirnya berjaya belajar memandu skuter adik aku. Lepas tu mak tak jadi marah kat aku tapi beberapa kali menyuarakan keinginan memiliki sebuah skuter sendiri (tapi aku yakin, mak aku akan jadi penunggang haram sebab dia kompem takkan lulus ujian JPJ yang susah tahap dewa).

Itu waktu aku balik Sarawak raya haji lepas.

Gedebuk! Kepala aku terhantuk di jalanraya Sabtu lepas gara2 gagal brek on time dan akhirnya CLK tumbang di tepi jalan. Buat seketika dunia berpinar2, tapi tau2 aku dah bangkit sendiri, check bumper kereta yang aku langgar, tengok tak de apa2, mintak maaf kat tuan punya kereta dan blah dari situ dengan kepala yang rasa macam nak pecah.

Calar sket la helmet tu, tapi tak de apa2. CLK plak kena hantar gi workshop. Dah scan CPU kat Hospital KL tengahari tu, alhamdulillah tak de yang serius. Cuma ada bengkak sket, tapi pengalaman masa kecik2 melompat dari atas meja dan jatuh atas kepala sampai tangan patah, jatuh longkang besar dsb. menyebabkan CPU aku kebal sket. Tapi demam gak la 3 hari. Dah lama tak buat aksi2 stunner ni.

Masa keluar dari bilik X-ray tu ler aku teringatkan kata2 mak aku, 'Keras kepala kau nih, kenapa mak dapat anak keras kepala??'

Hai la, mak... Terima kasih la sebab mendoakan kepala ni keras. Pengajaran kat korang semua, doa mak nih mustajab!

P/S: Semalam CLK eksiden lagi. Menitis gak air mata melihat CLK tak serupa CLK waktu di JB. Nasib baik yang bawak tu tak de apa2 sebab dia sempat melompat dari CLK sebelum CLK terseret lalu tumbang di atas jalan. Pagi tadi hantar CLK sekali lagi gi bengkel. Kesian CLK. Harap2 tak rosak teruk, aku sayang giler kat CLK. Tulah harta paling mahal dan paling berguna yang pernah aku miliki. I love u so much, CLK. Di mana kan ku cari ganti. Huhu...!

0 comments:

Post a Comment