Bicara Orang Bingung

Langit gelap gelita di luar. Sebentar kemudian, guruh berbunyi. Perut aku berkeroncong menambahkan irama Malaysia.

Bingung sey. Sejak kebelakangan ni, otak berserabut. Mana dengan komplikasi kerja, dengan assignment Trump, dengan dilema sendiri.

Wey, aku nak apa sebenarnya? jerit hati sendiri. Sedangkan mulut diam.

Aku nak balik, nak makan. Nak tido. Bukan, bukan. Aku nak ke France, melawat Amy.

Huh. Kata-kata sendiri pun dah tak masuk akal. Mungkin sebab kepala dah pening2 lalat kerana perut minta diisi.

Perut aku lapar sebab tengahari tadi aku lupa bawak dompet. Nasib baik aku kumpul2kan syiling dari poket jaket, dari laci dan entah dari mana2. Adalah RM3. Aku tak berani amik lauk banyak2, aku cuma amik nasi separuh dengan ikan kering seekor. Kuah masak lemak. 80 sen je, kakak penggerai tu bagitau. RM1 lagi aku belikan buah jambu. Aku tak kisah makan nasi berlauk ikan masin. Itu kan lauk faveret aku? Sedapnya. Nasi paling murah di dunia.

Tapi perut aku masih menyanyi. Sebab semalam aku tak makan apa2. Tengahari, aku malas keluar. Malam, hujan turun dan aku malas keluar. Aku cuma baring di bilik, baca nota Trump, satu apa pun tak masuk di kepala. Bila dah ngantuk, aku pun tido.

Sebenarnya sebab aku malas berfikir. Buat menyakitkan kepala je. Hati aku berat, sudah puas dipujuk2 tapi... masih gerun aku memikirkan natijahnya. Aku cuma membayangkan aku berlari2, tertawa2, melompat2 macam anak kecil. Aku belum ingin jadi orang dewasa. Dewasa itu mencekik nafas aku. Dewasa itu...

0 comments:

Post a Comment