Menggapai Impian Sejauh Paris

... korang mesti cakap aku tak de keja ke bley hapdet blog tetiap ari??

Kesimpulannya, bukan tak de keja tapi sbb aku stress jadi kena unload sket feeling tu kat blog. Kalu tak jadi Hulk.

Semalam aku balik lambat, dalam pukul 8.30 malam. Tupun hosmet aku sumer tak sampai rumah lagi.

Letrik trip lagi. Capai bulu ayam, restart balik, pastu masuk bilik, campak beg, kuar bilik tuang air, minum, masuk bilik dan terus baring. Keletihan sebab semalam tido pukul 3 pagi menyiapkan analisis yang dibentangkan depan tak kurang dari 4 Datuk dan yang lain pun head of industries. Oleh sebab terlampau detailed la analisis aku tu, dieorang gelar 'the DNA of your industry'. Trump betul2 berbangga dengan DNA tu.

Terlalu berbangga sampaikan arinih dia suruh aku siapkan report baru. Aku terkebil2 tengok siling. Ainie dah nak ke Bahrain tak lama lagi. Aku jugak yang masih terdampar di sini. Chairman buat report dan dapat pegi ke Europe, Dubai. Aku jugak yang masih terdampar di sini. Aku peluk bantal koala bear, mengiring dan terus tido. Tak tengok pun citer 'Mya Zara', faveret aku tu.

Aku nak gi Paris la. Tak payah tunggu sesapa hantar, aku nak gi sendiri. Rindunya nak berjalan2 ke luar negara. Dah lama tak jejalan nih. Masalahnya, gaji ciput cam ni, mampu ke aku nak gi jejalan??

Pejam mata rapat2. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai, kata orang2 tua. Kalau takut bermimpi, jangan tido. Lalu aku pun tido. Dibuai mimpi ke Paris.

0 comments:

Post a Comment