Merepek Hari Ini

Semalam mak call. Bagitau dier gi klinik sebab masalah 'missed heartbeat'. Dia bagitau lagi doktor suruh dier gi poliklinik, then gi specialist clinic. Aku dah risau dah klu jumpa specialist ni mcm bad news je. Hopefully, mak tak de apa2. I love you so much, mak!

Hari Isnin plak, Layla selamat melahirkan anak perempuan :) Dia kena operate, sebab baby songsang. Insya Allah, aku turun ke JB weekend nih, aku nak gi tengok la Layla dan Layla Junior. Mesti chumey macam mak dier gak.

Lastly, aku tak de mood nak buat keja arinih. Tapi keja tetap jalan. Cuma lambat2 dan amik my own sweet time. Malam ni nak balik, dan try buat design la. Dah seminggu tak buat design. Asyik menghadap keja je, tak pun tido sebab letih.

Aarghhh.. besok meeting pukul 9.30 pagi pulak. Malas betul nak masuk meeting. Kira ni sebahagian daripada course plan Trump la, dalam Masters degree tak bertauliah aku ni. Apa2 lah Pakcik Trump. Janji gaji masuk. Boleh kasi naik sket lagi tak? ;) Hehe. Nak jugak merasa ada keta, gi Paris...

Uish. Balik2 cakap pasal Paris. Ada apa di Paris sampai menggamit2 perasaan aku nak menjejak kaki ke sana? Passport dah nak expired ujung bulan 5 ni. Kena kuar RM300 nak renew.


Hujung minggu ni akan ke JB. Tak bagitau Kak Za lagi. Aarggh! Jen dah nak pegi :( Jen, I'm going to miss u...
----- Semalam ----

Malam semalam singgah di pasaraya. Ingatkan nak masak makan malam. Dah capai sayur sawi, pastu nak gi amik ayam, masak ayam masak merah. Tapi bila aku kenangkan, siapa la nak makan jap lagi selain dari aku? Hosmet biasanya balik lambat, dan dah siap2 makan kat luar. Lagipun, kalau nak masak kena beli bahan2 nya - ikan bilis la, sos tiram la, cili boh la, itu ini. Nak makan sesorang.

Aku letak balik. Aku amik jus guava. Aku amik Cheesel. Aku gi kaunter dan bayar. Anak dara pemalas! Rasa nak tersengih2 sendiri. Biarlah dulu, kalau dah kawen nanti, dah tak boleh malas2. So, selagi ada kesempatan, enjoy je la privilege boleh malas2 mcm ni ;)

Weekend ni. Tak sabarnya nak tunggu weekend. Weekend lepas gi Mentakab, weekend ni gi JB. At least, tak de la aku terperap kat rumah buat benda yang sama - tengok tv, tengok siling, tido.

OK la. Aku rasa nak balik. Nak mandi. Nak tengok tv.

0 comments:

Post a Comment